Pages

Wednesday, April 23, 2014

Mari berpantun..

Assalamualaikum...

Mari berpantun..


Ni la jadinya bila kepala dah mula tinggggggg tonggggg...., ahahaa... Mula la merapu meraban merekacipta pantun yang entah apa-apa.. Biarlah, bukannya aku ada kacau orangpun, kan... hehh.. Merapu meraban kat blog dan fb sendiri je.. Tak suka nak tengok, jangan tengok.. Biar aku sorang je yang tengok.. kehkehkeh..


Okay, marilah kita mencipta pantun sendiri.. Mungkin ini lebih baik daripada kita terus mencipta kontroversi.. :D


Bunga mawar kembang berseri..
Harum mewangi di dalam pasu..
Berbaik sangka amalan terpuji..
Moga hidup terus maju...




Anak Cik Timah namanya Lily..
Manis orangnya berbudi bahasa..
Nama bunga ni Rain Lily..
Silalah google jika tak percaya..




Memancing udang di Kuala Linggi..
Dapat seekor, girang kepalang..
Baiklah baik menabur budi..
Janganlah sampai maruah hilang...

Tenang-tenang air perigi..
Di baling batu, berkocaklah ia..
Tenang-tenang membawa diri..
Jangan sampai merosakkan jiwa..




Pergi ke hutan mencari berangan..
Pergi bersama anak tok ketua...
Baling batu sembunyi tangan...
Satu amalan yang berbahaya...

Bunga cempaka dalam perahu..
Dibawa belayar hingga ke seberang..
Sebelum tidur bermaafan dahulu..
Menambah erat kasih dan sayang..

Buah keranji dalam perahu..
Dibawa belayar hingga ke muara..
Orang mengeji, buat je tak tahu..
Lama kelamaan, diamlah mereka..





p/s: Pantun ni aku cipta sendiri tau.. Jangan nak memandai-mandai pulak copy and paste, pastu mengaku hak sendiri.. hewhewhew.. 

1 comment:

  1. Pandai kak azz reka pantun sendiri...

    Air sirap Air selasih,
    Sekian Terima kasih.



    hahahha terima lah pantuh dua kerat saya ye kak kiki

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^