Assalamualaikum...
Isu..
Kita ni, jika boleh semua benda nak dijadikan isu.. Dari sekecil-kecil isu, ditokok-tambah menjadi semakin besar sedangkan isu tu kita sendiri tak pasti akan kesahihan dan kebenarannya.. Yang kita tau, kita seronok memainkan isu tersebut..
Isu yang sepatutnya kita besarkan, kita diamkan..
Isu yang sepatutnya kita tak perlu nak ambil tahu, kita kecohkan..
Dari isu air kena catu, isu kemarau, isu kehilangan kapalterbang, isu bergaduh main bola, isu kemalangan bas, isu hudud, isu artis kahwin cerai dan macam-macam lagi, semuanya kita jadikan bahan politik atau bahan lawak.. Dan sekarang ni keluar pulak isu tentang si pasangan panda dari China tu..
Entahlah, ada waktunya, aku jadi malas nak cakap banyak.. Kang tersalah cakap, jadi isu pulak, kan.. Tak pasal-pasal keluar pulak asap dari semua lubang... hehh...
p/s: Panda is much better than Pandir.. Panda is cute.. while Pandir is.. ishh... ishhh.. ishhh...
Nota: Dah lama tak bermain dengan emoticon gif macam ni.. ahahh...
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^