Assalamu'alaikum...
Untung la jadi kesayangan...
Orang zaman sekarang ni, bila bab buat kerja kat rumah, semuanya buat tak reti, buat tak nampak, buat tak tahu je.. Ada je alasan masing-masing bila suruh buat satu-satu kerja tu. Nak jumpa orang la.. Nak buat assignment la.. Nak keluar la.. Mengantuk la.. Penat la.. Dah janji dengan kawan la.. Dan macam-macam alasan bodoh yang direka demi untuk tak nak buat kerja kat rumah tu.. Tak boleh langsung nak minta tolong sikit..
Sampah dalam rumah kat depan matapun main langkah je.. Takde sikitpun rasa nak tolong kutip apatah lagi nak pergi buang.. Air yang ditumpahkan sendiripun dibiarkan macam tu je.. Lantak la kat situ kena pijak ke, nak melekit sampai kering ke, kena hurung semut ke.. Semuanya dia buat tak endah.. Kat rumah orangpun macam tu, apatah lagi kat rumah sendiri.. Tak boleh harap punya manusia.. Pinggan baju sendiripun tak berbasuh.. Main longgok macam tu je sebab nanti ada la babu pergi kutip semua tu.. Tinggi betul darjat spesis manusia macam ni..
Tapi bila masuk bab duit atau harta dan yang berkaitan, semuanya ambil kisah.. Semuanya nak dikaitkan dengan hukum fara'id. Kalau boleh, nak lebih lagi.. Timbul lagi pelbagai alasan yang direka sendiri.. Selagi tak dapat, selagi tu la dok mengumpat.. Selagi tu la buat muka macam tak makan setahun..
Untung la siapa yang jadi kesayangan.. Boleh duduk kat rumah goyang kaki belek ipad main games.. Tak payah buat kerja rumahpun boleh dapat imbuhan... Mana yang tak jadi kesayangan tu, kenalah terus bersabar.. Tak boleh bukak mulut.. Nanti kena cop mulut jahat.. Tidak menjadi kesayangan ni boleh berlaku pada sesiapa saja.. Mungkin aku.. Mungkin engkau.. Mungkin dia.. Apa yang penting, kena kuatkan bersabar..
p/s: Untung hidup di zaman serba canggih ni.. Bagitau je takde duit, tak sampai setengah jam, duitpun sampai.. :p
Assalamualaikum.
ReplyDeleteEntahlah kak..saya rasa, dunia terlalu mudah skrg.. walaupun masih ramai lagi yg hidup susah.
Sekarang ni,nak makan pun, tinggal call je. Delivery la katakan.
Saya cukup tak berkenan, bila dah masak kat dapur, lepastu malas kemas. Masak air tu takpala, ni yg goreng2, sampai minyak memercik ke dinding/lantai..bukan nak dilap.. bila kita pijak, rasa melekit2..