Assalamu'alaikum...
9-3-2014..
Gambar diambil ketika hampir senja.. Tak tau kenapa ambil gambar ni tapi tangan gatal jugak nak klik sana klik sini kamera enpon cap ayam ni..
Masa tu dok sembang-sembang sekejap dengan makcik depan rumah.. Tanya dia, tu line apa..? Selalunya line macam tu bila jet pejuang melintas lalu meninggalkan asap kat belakang.. Tapi takde la pulak dengar bunyi jet pejuang tu lalu.. Biasanya bila jet tu lalu, mau terangkat bumbung rumah dek bunyinya yang berdesup..
p/s: Dan tak tau juga kenapa nak letakkan gambar ni kat dalam blog.. Mungkin sekadar ingin mengingati hari sebelumnya iaitu 8-3-2014 dan masih mengharapkan agar adanya keajaiban yang bakal berlaku...
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^