Pages

Monday, August 4, 2014

Buat macam ni pun dah sakit pinggang.. adehh...

Assalamu'alaikum...

Buat macam ni pun dah sakit pinggang.. adehh...

Ni baju raya aku.. Baru nak jahit manik.. Saja je la pun.. haha.. Raya hari tu dah jahit dah sebaris peten lain.. Itu je yang sempat.. Padahal bukannya bergambar atau beraya sakan.. Tak sampai tengahari, baju dah bertukar kepada uniform bibik.. hahaha..




Hari ni tetiba terajin pulak jahit manik ni.. Bertambah rajin bila buka balik manik yang dah dijahit tu.. Asalnya nak cuba jahit manik crumble jentayu tapi jari keras kematu, tak menjadi pulak dia padahal aku ada buat tutorial pasal crumble jentayu tu.. adehhh.. Lagi satu, manik untuk jahit crumble jentayu tu tak cukup korum.. Tu yang terbantut percubaan nak buat tu..




Sudahnya, ini je yang termampu aku buat.. Itupun dah tiga empat kali buka.. Ada je yang tak kena di mata.. Buat peten macam ni pun pinggang dah rasa nak patah.. Bayangkan kalau buat peten yang lagi vogue... Harus kena pergi berurut... hehe..




Ni baru sebelah tangan siap.. Sebelah lagi belum jahit manik tabur tu lagi.. Jenuh la menahan sengal.... Dah la tengah batuk bertubi-tubi ni... Apapun, mudah-mudahan aku tak patah semangat.. Gigih aku menjahit sebab apa tau..? Sebab masa tu hujan dengan petir.. So, laptop kena off dan cabut semua plug.. Kang kalau tak buat apa-apa, takut aku bantai tidur pulak.. ahaha..


p/s: Kain baju aku tu murah je... Alhamdulillah, ada jugak baju baru.. :)


-----------------------

UPDATE...
Dah siap dah...
Heeee.......


Boleh laa... hahahaha...

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^