Assalamu'alaikum...
Buang angin kus-kus... :D
Angin kus-kus ni kalau nak datang, bukannya nak bagi amaran dulu.. Alih-alih je badan rasa tak sedap.. Sengal semacam je.. Ada ketikanya rasa macam nak demam.. Rasa macam nak datang bulanpun ya jugak.. Tak boleh nak jangka puncanya melainkan jika sebelum tu ada makan benda yang tak sepatutnya dimakan..
Macam aku, memang pantang tak boleh makan benda yang orang kata berangin; kacang botol, rebung, umbut kelapa, petai, nangka. Kalau ikutkan aku tak boleh nak makan beria tapi yang ni la yang aku selalu langgar pantang.. Bak kata orang, pantang jumpa terus lupa semua.. hehehe..
Jadinya, bila dah melanggar pantang, badan sendiri yang jadi mangsa.. Bukan setakat sehari dua dia punya bisa tu.. Adakalanya sampai empat lima hari jugak la kalau tak buat apa-apa, dok sapu minyak panas je..
Ada masanya, bila angin kus-kus ni melanda, rajin la aku pergi rebus halia dan masukkan lagi beberapa bahan untuk buang angin dalam badan tu.. Yang ni cepat sikit angin tu keluar.. Tapi bila kemalasan melanda, aku minum teh halia segera ni je la.. Lambat sikit la dia punya proses nak bagi angin tu keluar.. Itu aku la.. Orang lain aku tak tau..
p/s: Teh halia gold choice ni pedas sikit... Minum suam-suam pulak tu.. Memang terus cerah la biji mata.. hehe..
jangan dilanggar pantangnya nanti badan merana...
ReplyDeletehuhuu...
#done follow
boleh cuba ni..thx for sharing :-)
ReplyDelete