Assalamu'alaikum...
Jejemput kacang botol...
Bosan melanda.. Dengan badan rasa tak selesa.. Sakit.. Sengal... Masuk angin lagi agaknya.. hmmm...
Sudahnya, masuk dapur.. Ambil tepung gandum.. Curah dalam bekas.. Cekut dua cubit garam halus, letak atas tepung. Godek-godek sekejap dengan sudu.. Ambil cili merah dua biji, gunting-gunting, masuk dalam bekas tepung tadi.. Ambil pulak segenggam ikan bilis, basuh, campak dalam bekas yang sama.. Bawang kecil dah berkupas ada lima biji, main gunting je, masuk lagi dalam bekas. Sekali tengok ada empat biji kacang botol, gunting dan masuk jugak dalam bekas.. Akhir sekali, masukkan air, kacau-kacau adunan. Dah siap..
Lepas tu gorenglah sendiri..! Tunggu apa lagi, kan.. Bukannya ada bibik nak suruh dia gorengkan... hehh..
Akhirnya, siaplah satu menu ringkas yang diberi nama jejemput kacang botol.. Nak tulis jemput-jemput macam panjang sangat.. hehh... Cara buatpun ringkas jugak.. ahaha...
p/s: Kurang selesa sungguh bila badan masuk angin ni.. Dia tangkap kat bahagian tulang belikat.. Tu yang sakit sangat tu.. Habis semua mood positif bertukar kepada negatif.. haiihhh.... Apapun, jangan dilayankan sangat mood tingtong tu.. Baik bedal je jejemput ni.. ahahh....
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^