Pages

Friday, September 12, 2014

Masih lagi kat situ.. ahahh...

Assalamu'alaikum...

Masih lagi kat situ.. ahahh...


Segala benda alah ni dari malam tadi lagi ada kat dalam bilik jahit aku ni.. Konon-kononnya nak kupas la.. Nak buat inti karipap.. Lagipun memang dah lama sangat rasanya aku tak buat karipap ni.. Dan tambah lagi, stok kentang banyak pulak kat dapur tu.. Kentang tu dah mula nak tumbuh tanduk dah.. haha.. Kang kalau tak dibuat inti, membusuk pulak dia.. Dah jadi satu pembaziran pulak, kan.. hehehe...




Tapi tu la.. Macam mana keadaannya malam tadi, macam tu jugak la keadaannya sekarang ni.. Masih lagi tak bergerak-gerak.. Masih belum ada satupun yang berkupas.. Sebabnya, aku tertidur sampai la ke pagi.. ahahaha.. Mujurlah pisau tu tak boleh berjalan sendiri.. Bahaya betul.. Jangan tiru, okay... heeee...


Hari ni mood dah mula menurun.. haiihhh.. Tak boleh jadi ni.. Kena kuatkan semangat.. Tak kan la nak bawak balik semua ni masuk ke dapur..? Buatnya mak aku nampak, kang lain pulak jadinya.. hehe.. Lagipun masa bawak masuk ke bilik, mak aku tak tau dan tak nampakpun.. Bawak masuk secara senyap gitu.. Ala-ala komando buat kerja risikan... ecehhh... ahahh.. *ni kes mood HERO tak habis lagi la ni.. hehh..


p/s: Okay la.. Nak kupas dorang sat.. Line tenet aku ni dari sehari ke sehari makin mengong.. Sebelum aku ikut mengong sama, baik la aku kerjakan dorang tu.. hahahaha...


----------------

UPDATE...
Dah jadi dah inti karipap...





1 comment:

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^