Pages

Sunday, September 21, 2014

Penjaga buah berangan...

Assalamu'alaikum...

Penjaga buah berangan...


Seperti kebiasaannya, pasti akan singgah membeli buah berangan untuk dijadikan kudapan di dalam kereta sepanjang perjalanan ke Nilai..


Cuma kali ni aku terkejut masa nak tengok jarum penimbang tu.. Bukan terkejut sebab jarum tu tak betul tapi terkejut bila tengok ada seekor anak harimau yang duduk melepak kat depan penimbang tu.. Kus semangat..! Penjual buah berangan tu siap gelak lagi bila tengok aku terkejut.. haha..




Sebelum ni tak pernah pula nampak anak harimau tu kat situ.. Kata si penjual buah berangan tu, monyet dan kera dah terlalu banyak.. Dorang ni pula jenis yang pandai buka bekas yang berisi buah berangan tu.. Mungkin dengan adanya patung anak harimau ni sedikit sebanyak akan menakutkan kumpulan monyet dan kera tadi..


p/s: Kesian monyet dan kera yang jadi mangsa keadaan.. 

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^