Assalamu'alaikum....
Petua nak bagi pokok sejuk.. errr...
Dulu.. Lama dulu.. Ada terbaca satu petua atau cara untuk lembabkan ataupun sejukkan pokok bunga yang ditanam di dalam pasu.. Kiranya macam tak nak bagi tanah dalam pasu tu cepat kering laa.. Begitulah lebih kurang maksud dia.. Baca kat mana tu pun aku dah tak ingat dah.. hehh...
Caranya adalah dengan meletakkan sabut kelapa tua ke dalam pasu tadi.. Ni **projek yang aku buat semalam..
Maka, akupun mula la kutip sabut kelapa yang ada berlonggok kat tempat bakar sampah kat belakang rumah ni.. Sebelum kena bakar, baik la aku kutip laju-laju.. haha.. Dapat la dua besen besar tapi itupun masih tak cukup lagi..
Banyak lagi ni pasu yang nak kena letak sabut kelapa.. Itu belum termasuk pokok yang ditanam atas tanah lagi.. Ingat nak letak jugak kat pangkal pokok-pokok yang atas tanah tu.. Lagipun bila dah letak sabut kelapa ni, tanah ataupun baja dalam pasu tu takde la habis tersembur masa siram pokok tu dengan getah paip.. Harap-harapnya segala mak nenek rumput susah nak menjulur..
Ada orang dia letakkan batang pokok pisang yang ditebang.. Yang ni aku malas la nak buat.. Idok le teman nak pi potong-potong batang pokok pisang tu.. Getah banyak weiii.. Kang habis baju bergetah pisang.. Dah la getah pisang tu tak boleh nak hilang..
p/s: **saja bold-kan ayat tu.. Kita lihat nanti siapa yang bakal jadi mangsa.. ahaha...
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^