Pages

Thursday, September 4, 2014

Promosi...

Assalamu'alaikum...

Promosi...

Masing-masing ada cara sendiri dalam membuat promosi untuk barang jualan mereka.. 


Bak kata seorang pakcik merangkap jiran yang berkata pada setiap penjual yang datang ke rumahnya.. Katanya; "kau nak jual barang kau, pakcik tak kisah.. Pakcik boleh dengar apa yang kau nak cerita pasal barang yang kau nak jual tu.. Tapi pakcik bagitau awal-awal, pakcik paling tak suka kau buruk-burukkan barang orang lain semata-mata nak melakukan barang jualan kau tu.. Bila kau buat macam tu, buruk-burukkan barang orang, itu maknanya kau jenis yang tak jaga mulut, jenis mulut jahat.."


p/s: Belajar dari pengalaman orang lain tak kiralah siapa orang itu.. Belajar dari pendengaran.. Belajar dari penglihatan.. Bersainglah secara sihat... 

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^