Assalamu'alaikum...
Tak boleh nak komen..
Aku tak tau la kenapa aku tak boleh nak tinggalkan jejak iaitu mengomen pada blog kawan-kawan yang biasa aku tinggalkan komen jika dorang gunakan format full page untuk ruangan komen macam kat bawah ni.. Dah banyak kali aku cuba tapi komen aku tak keluar... Hilang macam tu je.. Dah siap taip panjang-panjang tapi tak timbul.. Lama-lama givap la teman ni hoiiiii........ haha..
Walaupun aku ada akaun Google, tapi aku masih tak boleh nak komen kecuali jika ruangan komen tu ada benda macam kat bawah ni... Nak cari jawapan kenapa tak boleh tu yang malas tu.. ahahh..
Jadinya, aku rasa lebih mudah jika menggunakan format yang macam aku gunakan sekarang ni iaitu popup window.. Lagipun jika nak komen, tak perlu nak kena tunggu loading lagi sekali.. Pembaziran masa namanya tu.. Lainlah kalau line internet berdesup lajunya..
Tapi terpulanglah pada tuan punya blog masing-masing.. Bukan apa, kadang-kadang tu teringin jugak nak komen kat entry kawan-kawan blogger bila kena dengan entry yang dikongsikan.. Tapi tu la, dah tak boleh nak komen, teman nak kata apa lagi, kannn... hehh...
p/s: Jangan pulak kata aku tak jenguk rumah korang dah la ya.. heeee...
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^