Pages

Wednesday, November 26, 2014

Aroma pisang goreng...

Assalamu'alaikum...

Aroma pisang goreng...


Aku tak ingat apa nama pisang ni.. Hari tu mak aku dah bagitau dah tapi sekarang ni dah lupa balik.. Cepat benar lupanya.. Kena makan kismis yang siap ada doa tu gamaknya.. hehh...




Aku bukan nak cerita pasal kismis tu tapi nak bagitau yang aku goreng pisang ni dengan menggunakan tepung goreng pisang Aroma ni ha.. Satu bungkus tepung ni harga dia RM4.40.. 




Sebelum ni goreng pisang guna tepung adabi tu.. Lepas tu campur sikit dengan tepung beras.. Sekarang ni gunakan tepung Aroma tadi dan campurkan juga dengan sedikit tepung beras.. Tepung goreng pisang Aroma ni abang aku yang beli.. Masa tu dia dok cari tepung adabi tapi seorang pakcik kawan mak bagitau abang yang isteri dia gunakan tepung Aroma untuk goreng pisang.. Sedap guna tepung Aroma ni, katanya.. Maka, abang akupun beli la sebungkus... Dan ternyata memang sedap.. Cubalah kalau nak tau.. *cehh, dah macam promoter la pula.. ahahh..




Mula-mula plan nak goreng pisang ni untuk sekali round je.. Alih-alih sekejap je dah licin.. Maka, kena la goreng pisang tu untuk round yang kedua pula.. Lagipun pisang ni saiz dia kecil.. Panjang lebih kurang saiz jari tengah aku je..







Pisang ni pun dah habis stok dah.. Apa tidaknya, pagi petang dok goreng pisang je.. Dua hari berturut-turut dok goreng pisang ni.. Hasilnya tetap licin.. haha.. Mujurlah pisang hasil tanaman mak aku.. 


p/s: Harga pisangpun dah mahal weiiii...!! Moh la pakat-pakat tanam sendiri.. huuu...

3 comments:

  1. wuuuu...
    nampk cam sodap jer pakai tepung nie.
    x tahu plak shark harga pisang pun naik.
    hehe..

    ReplyDelete
  2. azz..akak panggil pisanga 'awak' pisang yang azz goreng tu..akak ni kalau goreng pisang suko guno topong gandum

    ReplyDelete
  3. betul...hari tu beli pisang emas seikat. dekat RM4...watdaheck?! terkejut tahuuu~ selama ni tak pernah beli pisang sebab belakang rumah ada. lepas dibersihkan lama nak berbuah. pisang jantan kot.

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^