Pages

Saturday, November 29, 2014

Buat apa dengan air darah ni..?

Assalamu'alaikum...

Buat apa dengan air darah ni..?


Ni air darah.. Darah apa tu, kejap lagi aku bagitau.. hehh..





Air darah tadi aku buat siram pokok yang aku tanam ni.. Tapi bukan siram kat semua pokok la.. Mana nak cukup.. Pilih pokok yang aku nak kasi gemuk je.. hehh..


Bawang ni beli yang dalam karung tu.. Tengok dah ada yang berakar.. Apa lagi, terus la letakkan kat dalam bekas ni... Tak payah nak tanam beria.. Letak dan tekan sikit je bahagian yang ada akar tu.. Seminggu lagi boleh kutip hasil.. hikkss.. *berangan dulu... 



Anak pokok ni kakak aku yang bagi.. Dia tak sempat dan takde masa nak tanam.. Alhamdulillah, semuanya hidup.. Tak tau warna apa bunga yang keluar nanti..



Si Cullen tu tengah makan perut ikan.. Entah pasu masa yang dia panjat.. Abaikan pasu orkid yang bergantungan tu.. Rumah orkid dah roboh.. Belum diperbaiki lagi.. huuu...


Orang kata, air darah ikan ni elok disiram pada tanaman sebagai baja organik.. Aku ni buat je la.. Dulu main buang  je tapi sekarang sanggup tuang dalam baldi air darah ikan ni.. Mula-mula dulu kembang jugak tekak sebab tak tahan bau hanyir... Sekarang ni dah boleh tahan sikit dah.. hehh.. Air basuhan beraspun sekarang ni aku tuang dalam baldi jugak.. ahahh...


p/s: Benda yang tak memudaratkan, tak salah kot kalau nak ikut.. 

3 comments:

  1. hijau halaman rumah :)
    mmg air ikan ni bagus untuk baja,
    tapi x ramai yang buat,
    biasa ke longkang jer.

    ReplyDelete
  2. assalam..

    Betol tu , mak sy dah gunekan air darah ikan untuk siram pokok bungenye dari sy kecik2 lagi. Hasilnye mmg pokok2 sihat2 dan keluarkan bunga yg banyak.

    ReplyDelete
  3. perut ikan selalu campak bagi kucing makan ,
    darah ikan mmg terus ke dalam sinki..



    sekian, terima kasih.

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^