Pages

Sunday, November 16, 2014

Dah makin membesar...

Assalamu'alaikum...

Dah makin membesar...


Ni pokok limau purut yang aku tanam.. Anak pokok tu macam biasa la, beli sahaja.. hehh... Mak aku yang beli kat pekan sehari.. Dah semakin membesar dah pokok dia.. Hatipun manyak suka maaa... ahahh... Alhamdulillah.. 




Ni buah limau purut.. Bukan buah sulung sebab buah sulung dah mengecut sebelum sempat membesar.. Kena makan dek ulat agaknya.. Jangan marah ulat tu.. Redha je.. InsyaAllah, nanti ada juga rezeki kita.. 




Aku punya daun limau purut ni bentuk dia macam nombor lapan... Ada orang kata daun macam ni tak pahit bila digunakan dalam masakan.. Setakat ni okay je takde rasa pahit bila aku masukkan daun ni dalam tomyam.. Alhamdulillah.. 





Ada sekali hari tu, aku minta tolong anak buah petikkan daun limau purut ni sebab aku nak masak tomyam.. Habis semua daun pokok bunga yang berdekatan tu dia tanya aku; ni ke daun dia..? Menjerit-jerit aku kata; tu pokok bunga laaaaa.... hahahaha... Sudahnya, aku sendiri yang pergi kat pokok limau purut ni dan tunjuk kat dia; ni la dia pokok limau purut.. Cuba bau daun dia, ada bau limau tak..? Apa lagi, sengih-sengih je la budak tu.. hehe..


p/s: Moga putik yang ada tu berjaya membesar menjadi buah yang sihat dan gemuk serta besar-besar.. haha... Nanti boleh la aku petik untuk dibuat mandian.. *dah mula berangan dah.. ahahh...

1 comment:

  1. Rajinya Cik Azz tanam menanam..

    Jom terjah papaglamz
    http://www.papaglamz.com/?m=1

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^