Assalamu'alaikum..
Wraps: Kulitnya beli.. Intinya buat sendiri..
Mission Wraps ni aku beli petang tadi.. Pertama kali nampak kat supermarket yang biasa aku pergi tu.. Terus aku grab tiga peket dengan perisa berlainan iaitu garlic, original dan onion & chive.. Nak cepat.. Tak sempat nak belek beria.. Tu yang main rembat je tu..
Hari tu ada geng kat grup masakan kongsikan resepi wraps ni tapi aku belum berkesempatan nak mencuba.. Sudahnya, main beli aje la.. ahahh..
Ni antara bahan untuk inti wraps aku ni.. Bahan dah sedia ada kat rumah.. Mudah kerja.. Tak perlu dah nak pergi cari kat pasaraya..
Kobis yang diracik halus + sosej ketam dihiris atau dipotong nipis + mayonis + garam sikit + lada sulah sikit + lada hitam sikit + 3-4 biji cili padi diracik halus.. Nak letak air limau kasturipun boleh.. Tak nak letakpun takpe.. Gaul-gaul biar sebati.. Lepas tu, rasa...
Untuk percubaan yang pertama, aku gunakan wraps garlic ni.. Aku guna empat keping sahaja daripada lapan keping yang ada dalam satu peket..
Panaskan wraps dalam kuali hingga wraps tu menggelembung.. Buat kedua-dua belah.. Tak perlu letak minyak..
Lepas tu letakkan inti yang kita buat tadi..
Lepas tu gulung.. Ikut la nak gulung macam mana.. Jangan bimbang, kulit wraps ni agak kuat dan tak mudah pecah.. Yang penting, inti tu tak berair sangat..
Lepas tu potong guna gunting.. Kalau guna gunting yang bergigi tu lagi cantik kot... heh... Potong menyerong boleh, nak potong tegakpun boleh.. Nak potong dua boleh, nak potong tiga boleh, tak nak potongpun boleh.. Pokoknya ikut suka ko la labu oiii... ahahh...
Serius sedap wraps dengan inti yang dibuat sendiri ni.. Sebabnya, inti tu ikut citarasa kita sendiri.. Nak masin ke, nak pedas ke, nak tawar ke, nak inti yang vegeterian ke, nak inti seafood ke, dan sebagainya, semuanya kita yang adjust sendiri...
p/s: Kulit wraps ni agak liat dan kenyal sikit.. Siapa yang gigi dia tak berapa nak kuat, kena la potong pada saiz yang kecil sedikit..
hohoho....Cik Azz,
ReplyDeletemmg senang sangat kalau guna wraps ni....
selalu buat chicken tortilla je... x pernah lagi guna seafood. buat sekeping dua, confirm kenyang sampai tengahari...Time weekdays, boleh tapau gie keje...lalallala..makan dalam kete...
eh..lapau plak tgk tortilla seafood cik azz ni..
Akak..saya dah.lama nak beli wrap dan nak buat sendiri intinya...tapi kat sini (kuala lipis)takde nampak dijual pun...huhuhu
ReplyDelete