Pages

Tuesday, December 16, 2014

Hobi..

Assalamu'alaikum...

Hobi..


Antara hobi aku adalah membaca termasuk baca novel, menonton drama Melayu dan cerita Inggeris, menanam pokok bunga, main masak-masak ikut mood dan juga melayan kucing.. Disebabkan kucing aku cuma tinggal seekor je sekarang ni, maka hobi yang satu itu ikut berkurangan.. Menjahit bukan hobi tapi itu kerjaya aku.. Bak kata sesetengah orang, kerjaya untuk orang yang tak sekolah tinggi.. Katalah apa sahaja.. Aku ucapkan Alhamdulillah... 


Sekarang ni aku lebih suka menanam dan membelek serta bercakap dengan pokok bunga aku.. Daripada bercakap benda yang mengarut yang menimbulkan kebencian orang, baik aku bercakap dengan pokok bunga ni.. Bercakap dengan pokok bunga bukan sekadar bercakap kosong.. Siapa yang suka menanam pokok, dia tau la apa yang perlu diperkatakan.. hehh.. 











Aku sibukkan diri dengan semua keindahan ciptaan Allah ini.. Jadinya, aku tidak punya masa untuk berbicara hal orang yang pada aku takde faedah langsung.. Banyak masa sebenarnya tapi untuk perkara yang tak penting, lebih baik jangan buang masa tersebut... 


p/s: Bukan hobi aku nak kerobek hal peribadi orang.. 

3 comments:

  1. berbudi pada tanah lg banyak kebaikannya ye dak.hhehehe

    ReplyDelete
  2. Hobi am,,,hmm amek gambar, baca novel science fiction, dengar podcast, kumpul LEGO dan main bola. haha.

    ReplyDelete
  3. baguih la kak, cakap hal orang buat nambah dose je...baik cakap ngan pokok...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^