Assalamu'alaikum...
Mari belajar mengira... :D
Pagi ni pergi pekan sehari.. Sejak minggu lepas lagi aku dah mula ke pasar.. Biasanya mak yang pergi tapi disebabkan beliau tidak sihat, maka akulah yang ambil alih.. Jangan salah faham ya.. Bukan aku tak nak ke pasar.. Mak aku kalau dia sihat, memang dia tak bagi aku ke pasar.. Dia nak pergi beli sendiri.. Sambil-sambil tu dapatlah dia jumpa dengan kawan-kawan kejiranan..
Pekan sehari kat sini seminggu dua kali iaitu hari Selasa dan hari Khamis.. Aku pilih hari Selasa sebab dekat sikit dan tak perlu nak ikut jalan besar.. Akukan penakut naik kapcai ikut jalan besar tu lagi-lagi waktu sibuk macam ni.. ahaha.. Jadinya, pergi yang dekat sini ikut jalan dalam.. hehh...
Aku tarik duit seratus ringgit tapi dalam dompet tu ada la tiga keping duit sepuluh ringgit.. Dan inilah yang aku beli.. Tak tau la stok ni boleh bertahan sampai berapa hari.. Kalau stok dah habis belum sampai seminggu, nampak gayanya kena makan telur dengan sardin je la..
1) 3 ekor ayam saiz sederhana = RM47
2) 3 ekor ikan tongkol = RM27
3) 1 kilo lebih sikit ikan selayang = RM13
4) 1 kilo kerang = RM4
5) Daun sup dan daun bawang = RM1.50
6) Sayur-sayuran = RM27 (2 buah kobis bulat, 2 batang carrot, sebuku halia, 3 ketul kunyit hidup, 3 biji tomato, 2 ikat kacang panjang dan 7 biji lada besar)
Semua sekali RM119.50..
p/s: Syukur alhamdulillah masih boleh membeli tapi kena lebih berjimat... Cuma dalam bab makanan ni dah tak tau nak jimat macam mana lagi.. Kalau ikutkan memang dah sehabis jimat dah ni..
banyak soping kat pasar...ni untuk makan berapa hari ni kak...Selamat memasak...:D
ReplyDeleteIni bajet utk berapa orang... tapi mmg kejap jer habis duit 100 sekarang. Pelik betul
ReplyDelete