Pages

Wednesday, January 8, 2014

Usaha mengelakkan semut naik atas meja makan...

Assalamualaikum...

Usaha mengelakkan semut naik atas meja makan...


Rumah aku memang banyak semut... Macam-macam jenis semut ada... Merata-rata semut ni.. Kalau kat luar tu, aku takde la nak kisah sangat.. Aku takde la nak 'kacau' hidup dorang.. Tapi bila sang semut ni memanjat meja makan dan mengerumuni makanan yang ada kat situ, itu yang aku tak tahan nak tengok..




Aku dah selalu sangat sembur semut yang naik atas meja makan tu walaupun sebenarnya amalan membunuh semut ni tidak digalakkan.. Aku tau tapi nak buat macam mana... Bila semut dah hurung makanan atau minuman kita, tak kan nak makan balik makanan/minuman tu..? Nak tak nak, terpaksa buang jugak.. Sesekali buang tu takpe la kot.. Tapi bila dah acap kali, tak ke membazir namanya tu..?





Jadi, aku terpaksa fikir macam mana nak elakkan semut tu naik atas meja makan dan tidak 'mengganggu' makanan yang ada.. Sudahnya, aku ambil inisiatif sendiri iaitu dengan meletakkan penutup plastik tin susu ni sebagai alas kaki meja makan tersebut.. Samada relevan ataupun tidak apa yang aku buat ni, itu belakang kira.. hehh..






Aku letakkan serbuk racun semut kat dalam alas kaki meja tu.. Bukan kaki meja je, malahan kaki pelapik oven aku tu pun aku letak jugak.. Sebabnya, hari tu roti yang aku buat dan letakkan atas oven tu habis kena hurung.. Bukan setakat hurung kat luar roti tu je, malahan semut tu buat sarang pulak dalam roti tu.. Dah banyak membazir kat situ bila roti tu kena buang..


Setakat ni alhamdulillah, takde dah semut naik atas meja makan tu.. Tapi ada syaratnya iaitu kerusi tidak boleh terlalu rapat dengan badan meja.. Kalau tak, nanti semut tu naik ikut kaki kerusi tu pulak.. Macam tu jugak dengan oven tu... Wayar oven tu tak boleh sangkut kat tempat lain.. Kena letak wayar tu atas oven tu jugak.. Kalau tak nanti semut tu jalan ikut wayar tu pulak.. Jadinya sia-sia je letak serbuk racun kat pelapik kaki tu..


p/s: AMARAN: TIDAK SESUAI DIPRAKTIKKAN DI RUMAH YANG ADA ANAK KECIL ATAU ANAK YANG TIDAK MEMAHAMI APA YANG KITA CAKAP (OKU).. Bimbang nanti anak tu 'colek' serbuk racun tu dan masukkan ke dalam mulut.. Dah la pelapik tu warna merah.. Dari jauh dah nampak dah.. 


Update:
Pelapik ni hanya sementara je.. Sepupu aku ada bagitau ada satu racun semut yang jika kita sembur kaki meja tu, semut tak akan datang bertandang lagi dah.. Aku tengah dok mencari racun semut tu.. Nama racun tu pun aku ingat-ingat lupa dah.. ahaha...

Nasi goreng sempoiiiiiii.... :D

Assalamualaikum...

Nasi goreng sempoiiiiiii.... :D


Masa zaman sekolah dulu, mak aku selalu buat nasi goreng untuk sarapan.. Selalunya mak buat banyak nasi goreng ni sebab aku suka bawak bekal pergi sekolah.. Nasi goreng mak putih je.. Cuma ada nasi, garam, sedikit ikan bilis dan sebiji dua telur yang dipecahkan kat tengah kuali masa menggoreng nasi tu.. Walaupun nasi goreng mak ringkas je, tapi itulah nasi goreng paling sodap seantero dunia.. hehe..





Daripada sekolah rendah, hinggalah sampai sekolah menengah, aku masih lagi suka bawak bekal nasi goreng atau bekalan lain.. Dan budaya membawa bekal ni berlarutan sehinggalah aku sudah bekerja.. 





Makanpun kena la ikut kemampuan kewangan yang ada.. Tak boleh la nak ikut sangat cara makan orang yang banyak duit.. Ikut nafsu, lesu... hehh.. Sesekali bila teringin nak makan yang mahal sikit tu takpe la kot.. Tapi janganlah sampai dijadikan amalan.. Ataupun dengan lain perkataan, malu nak makan makanan yang murah-murah.. Alah bisa, tegal biasa.. kan...


p/s: Tapi ni bukan nasi goreng yang Omak masak.. Ni nasi goreng yang aku masak.. Sempoiii je, kannnnnnn... ahahhh...