Pages

Monday, September 8, 2014

Dah lebih sepuluh tahun dah tapi...

Assalamu'alaikum...

Dah lebih sepuluh tahun dah tapi...

Ni nak cerita sikit pasal seni jahitan silang pangkah atau crosstitch yang aku buat. Crosstitch yang ni aku buat masa aku kerja kat Johor dulu.. Dah lebih dari sepuluh tahun dah tapi masih lagi tak siap-siap.. hehh... Kain dia je dalam semeter.. amekaww.. ahahaa...


Baru siap separuh lebih sikit je.. adehdehdehhhh.....


Masa balik sini, ada la buat sekejap.. Lepas tu, terus sumbat dalam laci.. Sampai sudah dok macam tu je.. Tapi sekali sekala aku jenguk jugak dan belek-belek la sekejap.. Gaya belek tu macam nak sambung buat balik semula tapi jawapannya tetap nan hadoo.. hehehe.. 



Baki benang yang ada.. Terbengkalai sebab benang yang diperlukan takde stok.. huhuhu..


Mujurlah tak kena gigit dek lipas.. Kalau tak, mau meraung jugak aku dibuatnya.. Walaupun tak siap, sayang woo.. Aku dah banyak dah berhabis untuk benda alah ni.. Habis masa, habis tenaga, habis duit.. Sanggup tu ketepikan sikit duit gaji semata-mata kerana ingin mencuba..


Bila tengok balik semula, teringin pulak nak teruskan tapi tu laaa.. Rasa macam takde masa je padahal masa banyak dok melepak baca novel... hehh.. 


p/s: Nak kena fokus betul-betul tu yang masalah sikit tu.. ahahh...

Air tangan...

Assalamu'alaikum...

Air tangan...

Ini air tangan Omak den... Pajeri nenas yang buatkan air liyo den koco botingkek-tingkek.. Mujurlah bukan dalam bulan puasa.. Jika bulan puasa,  makan lauk ni masa sahur dan berbuka sebulanpun den buleh yooo tolan.. Tak pandang dah lauk lain.. ahaha... 




Nak harapkan air tangan den buek pajeri noneh ni..? Tak payah harap la yoo... Den tak tau nak buek paceri noneh ni.. Den tau makan yoo.. Lepas makan, cuci tangan.. Air tangan..? Nan hado... ahahh...


p/s: Bukan tak tau, tapi malas nak belajar buat tu yang botingkek-tingkek.. hehh.. 

Tak boleh nak komen..

Assalamu'alaikum...

Tak boleh nak komen..

Aku tak tau la kenapa aku tak boleh nak tinggalkan jejak iaitu mengomen pada blog kawan-kawan yang biasa aku tinggalkan komen jika dorang gunakan format full page untuk ruangan komen macam kat bawah ni.. Dah banyak kali aku cuba tapi komen aku tak keluar... Hilang macam tu je.. Dah siap taip panjang-panjang tapi tak timbul.. Lama-lama givap la teman ni hoiiiii........ haha..




Walaupun aku ada akaun Google, tapi aku masih tak boleh nak komen kecuali jika ruangan komen tu ada benda macam kat bawah ni... Nak cari jawapan kenapa tak boleh tu yang malas tu.. ahahh..




Jadinya, aku rasa lebih mudah jika menggunakan format yang macam aku gunakan sekarang ni iaitu popup window.. Lagipun jika nak komen, tak perlu nak kena tunggu loading lagi sekali.. Pembaziran masa namanya tu.. Lainlah kalau line internet berdesup lajunya.. 




Tapi terpulanglah pada tuan punya blog masing-masing.. Bukan apa, kadang-kadang tu teringin jugak nak komen kat entry kawan-kawan blogger bila kena dengan entry yang dikongsikan.. Tapi tu la, dah tak boleh nak komen, teman nak kata apa lagi, kannn... hehh...


p/s: Jangan pulak kata aku tak jenguk rumah korang dah la ya.. heeee...