Pages

Monday, January 5, 2015

Sediakan tapak dulu...

Assalamu'alaikum...

Sediakan tapak dulu...


Aku sediakan tapaknya dulu.. Mula-mula tu tapaknya pendek je, separuh daripada yang sekarang.. Tapi entah macam mana, tergerak pulak nak panjangkan tapak tu.. Maka ianyapun jadi panjang la.. ahahh..




Aku punya plan nak buat tapak untuk semai sayur yang senang nak hidup macam sawi ataupun salad.. Tapi buat masa sekarang ni aku bagi peluang dulu kat pokok peria dengan pokok kacang botor tu membesar sebab benih tu aku main campak je kat situ.. Bila tengok benih tu dah menjulur keluar, sayang pulak nak buang.. Tu yang aku buat tapak tu..




Tanah pulak memang dah lama ada... Tanah tu tanah beli.. Katanya tanah tu diambil kat kilang sawit.. Jenuh jugak la dok mengheret karung isi tanah tu.. 





Aku dah siap tabur racun siput kat tanah ni.. Takut jugak nanti siput babi ke, lintah bulan ke berkampung kat situ.. 


p/s: Aku bukannya pandai pasal cucuk tanam sayur ni.. Main belasah je tabur benih.. Asal hidup sudah.. hehh... Harap-harap tanah ni tak kono kokeh dek ayam.. 

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^