Assalamu'alaikum...
Baru nak makan Vitamin C Citrex...
Orang lain dah berzaman makan vitamin C ni.. Aku pulak baru je kenal dan baru nak mula makan.. Dah mula makan dahpun sebenarnya.. Hari Selasa lepas aku mula..
Baru aku teringat.. Masa aku kena tahan dalam wad di zaman kanak-kanak dulu, ada la makan vitamin C ni tapi vitamin dia kecil je.. Biasa la, ubat hospital kerajaan.. Mungkin vitamin C tu untuk mempercepatkan luka melecur kat tangan aku.. Lepas tu takde dah makan vitamin C ni.. Ingatpun tidak, apa lagi nak beli dan makan..
Sekarang ni, baru la aku teringat nak makan vitamin C ni sebab kulit muka aku sangat kering kerana kurang minum air kosong.. Sekarang ni cuaca masih lagi lembab, jadi takde la rasa dahaga sangat.. Sedar-sedar tengok kulit muka dah mengelupas je..
Aku beli vitamin C Citrex ni masa aku singgah kat klinik yang biasa aku pergi.. Mula-mula tu nak beli ubat demam dan ubat selsema untuk buat stok sebab dua-dua ubat ni dah kehabisan stok dah.. Sambil tu aku tanya la pasal vitamin C kat staff klinik tu.. Vitamin C yang itu untuk apa, yang ini untuk apa.. Maklum la, tak pernah makan.. Citrex ni dorang yang cadangkan..
Aku terus terang je dengan dorang. Aku cakap yang aku tak pernah makan vitamin C ni.. Dorang bagi aku rasa dulu sebiji.. Takut-takut jugak aku nak makan sampai dorang gelakkan aku.. hahaha.. Dorang kata rasa dia sedap, rasa limau, kunyah je, takde apa-apalah... Lepas makan sebiji, baru aku setuju nak beli.. hehe..
Harga sekotak/sebotol vitamin C Citrex ni adalah RM30.. Ada 75 biji di dalamnya.. Lepas makan, baru la aku google dia punya kebaikan dan keburukan.. Makan empat biji setiap hari tapi buat masa ni aku makan dua biji je sehari iaitu pagi dan malam.. Jangan makan overdose..
p/s: Belum sampai seminggu aku makan vitamin C Citrex ni, aku dah dapat rasa yang kulit muka aku dah tak berapa kering dah.. Bila sentuh kulit muka, rasa licin sikit.. Takde dah rasa kesat seperti sebelumnya.. Tapi takde la licin macam kulit muka baby.. hahahaha...
Kalo am suka Vitamin C yang dissolve dalam air tu - so macam minum air oren, tapi masam la haha.
ReplyDelete