Assalamu'alaikum...
Dilema pembeli novel...
Sebagai pembeli dan pembaca novel Melayu, aku seringkali berada di dalam dilema.. Dilema itu bukan sahaja bergantung pada harga semata-mata tapi lebih kepada apa yang bakal dibaca dan dihidangkan oleh si penulis..
Dilema itu pula terbahagi kepada beberapa situasi.. Antara situasi yang seringkali aku hadapi adalah seperti berikut:
Situasi 1:
Buku pertama, tak kena dengan jiwa..
Buku keduapun sama...
Begitu jugak dengan buku ketiga..
Buku keempat, takut dah nak beli..
Situasi 2:
Buku pertama boleh terima..
Buku kedua tak boleh terima..
Buku ketiga boleh terima..
Mungkin akan beli buku yang keempat...
Situasi 3:
Buku pertama tak boleh terima..
Buku kedua boleh layan dengan baik..
Buku ketiga pula susah sikit nak hadam..
Buku keempat mungkin akan dibeli atas alasan nak bagi peluang pada penulis..
Bila aku tak membeli tu bukan bermaksud aku nak memboikot tapi ianya lebih kepada takut kecewa dan takut rugi berganda.. Walaupun kadang-kadang ada orang yang beria-ia buat promosi pasal buku tertentu, namun aku pandang sepi sahaja.. Jadinya, maafkan aku andaikata aku tidak menjadi pembeli untuk buku anda..
Lagipun, masih ramai lagi pembaca novel kat luar sana yang fanatik, setia dan masih mahu membeli buku anda.. Selera makan kitapun berbeza.. Apatah lagi selera membaca.. Pasti ada yang berlawanan arus.., kan...?
p/s: Ini cara aku dalam membuat pilihan membeli novel.. Cara anda bagaimana pula..? Jika sudi, boleh la kongsi cerita.. hehh..
Akak dulu mado gilo boli novel..ado penulis tertentu..bilo penulis tu tak do buku baru..baru akak cuba boli penulis lain pulak
ReplyDeleteSaya ikut gerak hati jer....untung sabut, timbul lah
ReplyDeleteSaya pun sebab selalu sangat dilema, jadi langsung tak beli novel. Adik saya rajin beli. Saya tumpang sekaki. Kalau tak sedap, saya tutup terus, cari buku lain hehehe
ReplyDelete