Assalamu'alaikum...
Jangan sampai ketagih dah laa...
Masuk kali ni, dah tiga minggu berturut-turut aku makan benda alah ni.. Aku minta tolong abang aku belikan kat pasar malam setiap hari Rabu malam Khamis.. Sebelum tiga kali berturut-turut ni, aku dah pernah makan dah tapi takde la berturut-turut macam ni...
Asalnya, abang ngah aku yang kenalkan kentang spring ni.. Masa cuti Krismas tahun lepas dia kan ada balik sini.. Dia ada beli kentang ni kat pasar malam yang sama.. Bermula dari situlah aku mula terjebak dengan kentang ni sebab sedap la, apa lagi, kan.. hehh.. Dia ada rasa pedas dari serbuk lada hitam..
Aku siap google lagi nak tau macam mana kentang tu dipotong tak putus.. Punyalah nak tau sangat.. ahahh...
p/s: Harap-harap tak ketagih la... hehh...
assalam cik azz, teringin kak noor nak buat lah, mesti sedap ni nampak pun tau tu..
ReplyDelete