Pages

Wednesday, March 25, 2015

Baru nak keluar..?

Assalamu'alaikum...

Baru nak keluar..?


Pokok bunga orkid ni dah bertahun-tahun tak keluarkan bunga.. Seingat aku, bunga tu ada masa mak aku beli dulu tu je.. Lepas tu, sampai ke sudah tak keluar bunga.. 




Baru-baru ni, masa aku melawat kawasan rumah, tiba-tiba mata terpandangkan sulur bunga atau spike yang baru muncul.. Alhamdulillah.. Seronoknya la haiihhh... ahahaha...




Masa kakak aku balik sini hari tu, akupun tunjuk la kat dia spike orkid ni.. Dia kata bunga orkid yang ni takde la cantik sangat sebab warna dia pucat.. Memangpun.. Tapi aku suka je sebab maklum la, dah lama tak berbunga, hati ada banyak teruja maaa.. hehehe..


Harap-harap spike ni takde la kena ngap dek ulat ke, ataupun patah kena langgar dek tupai.. Dah selalu sangat jadi macam ni kat pokok orkid yang lain.. Tak sempat nak tengok bunga tu keluar, dah kena ngap atau patah dulu..


p/s: Macam-macam jenis baja dah aku gunakan sampai tak tau baja mana satu yang betul-betul elok dan berkesan.. hehh..

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^