Assalamu'alaikum...
Jom perah limau...
Limau kasturi ni kakak aku bawa balik masa cuti raya cina hari tu.. Sebelum ni limau yang aku bawa dari Nilai hari tu masih ada lagi dalam peti sejuk.. Dok letak dalam tu sampai banyak yang membusuk...
Entah macam mana, tiba-tiba je aku teringat kat satu benda alah ni.. Gigih aku pergi selongkar segala laci nak cari dia.. hehh.. Selama ni tak pernah gunakan langsung padahal benda tu dah lama sangat dah mak aku beli... Sebetulnya, dulu tu tak tau kegunaan benda tu.. ahaha..
Jadinya, bila ada limau kasturi ni, akupun mula la buat eksperimen.. Sayang pula jika limau tu membusuk lagi.. Dah la jauh datangnya... Tapi kalau takde benda alah ni, memang aku tak sanggup la nak perah guna hujung jari.. Takut nanti lama-lama jari tu pedih dan kecut walaupun sebenarnya jari memang dah kecut dah pun.. ahak...
Dan inilah hasil yang aku dapat dari limau kasturi tu.. Dapatlah jus limau kasturi yang original.. hehe..
p/s: Cuaca panas macam sekarang ni buat air sirap limau atau teh o ais limaupun mabeles jugak ni.. Tapi kalau kat rumah ni aku memang susah nak minum ais atau air peti sejuk.. Lainlah kalau kakak ada balik sebab dia memang rajin buat air yang ber-ais ni..
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^