Pages

Friday, March 27, 2015

Nak rendam sampai bila...???

Assalamu'alaikum...

Nak rendam sampai bila...???


Batang serai ni aku rendam sejak hari raya cina lagi.. Lama gila kena rendam.. hehh.. Batang serai ni kakak aku bawak dari Nilai.. Separuh sudah selamat dibuat gulai dan separuh lagi aku rendam.. Tak sempat nak tanam.. Tu yang rendam dulu tu.. 





Rendam punya rendam, sampai batang yang gondol dah tumbuh daun yang panjang menjulai.. Asyik la dok ganti air rendaman sebab takut ada jentik-jentik tapi tanamnya nan hado.. Alasannya, tak sempat dan musim panas.. ahahaha... Sampai dia punya akarpun dah sarat dah..




Ni baru dua hari lepas aku tanam atas tanah.. Sehari lepas tanam tu, tengok dah ada yang tercabut gara-gara dikokeh dek ayam.. adoyaiii... Ayam ni pun satu.. Poie la kokeh kek tompek lain gak ehh.. ahaha... Tak pasal-pasal kena tanam balik semula.. Dapat la empat rumpun.. Dalam gambar cuma dua rumpun je.. Entah panjang ke tidak umur pokok serai ni, akupun tak berani nak jamin.. hehh..




Sebelum ni dah berkali-kali mak aku tanam serai ni tapi serumpun pun tak hidup.. Lepas tu, abang ipar akupun ada tanam jugak kat belakang rumah.. Ada la dalam lima belas rumpun tapi hasilnya sama je, tak hidup padahal pokok serai yang dia tanam kat rumah dia punyalah rimbun botingkek-tingkek.. 


Pokok yang ni abang ipar aku cakap kat aku, suruh tanam dalam pasu sebab diapun dah givap tengok serai yang dia tanam tak menjadi.. Aku pulak malas nak tanam dalam pasu sebab masih ada ruang kosong kat tanah.. Lagipun, sayang la pasu aku tu.. Orang nak tanam pokok bunga dalam pasu tu.. hehe..


p/s: Bak kata kakak aku; kau ni pokok bungo ponuh koliling ghumah, tapi soghai sobatangpun takdo... ahahahahaha... Bukan tak tanam.. Tanam..., tapi dah serai tu malu nak tumbuh, nak kato apo.. hehe...

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^