Pages

Friday, April 24, 2015

Kuih gelang dan kuih bom keledek..

Assalamu'alaikum...

Kuih gelang dan kuih bom keledek..


Ini keledek yang aku cabut kat kebun kecil sebelah pagar belakang rumah.. Lepas aku cuci bersih keledek tu, aku terus simpan dalam peti sejuk sebab aku belum ada perancangan nak buat apa dengan keledek tu...




Setelah beberapa hari (aku hampir terlupa pasal keledek ni..), maka, petang tadi aku teringat kat dia dan terus je aku rebus keledek tu.. Aku rancang nak buat kuih gelang dan kuih bom tanpa bijan.. Kebetulan, stok inti kelapa masih ada lagi dalam freezer.. 









Keledek ni aku rebus dengan kulitnya sekali. Letak garam sikit.. Bila dah empuk, aku kelensetkan kulit tu.. Sebenarnya kalau lenyek terus dengan  kulit tu pun tak jadi masalah.. 


p/s: Kuih gelang tu aku buat sira tapi sira dia tak menjadi.. Maka, takde la gambar yang dah bersira tu.. hehehe.. Mujurlah keledek tu dah manis dah..

2 comments:

  1. Assalam.
    Ingatkan tajuk kuih gelang kuih bom untuk pantun.. dah lamo tak donga ayat kelenset... sakit kalau kulit sendiri terkelenset..

    ReplyDelete
  2. mmm. baru saya teringat keledek ni boleh jadik sunscreen dari dalam. nasib baik akak up entri pasal keledek. tq!!!

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^