Assalamu'alaikum...
Resepi dan cara nak buat agar-agar kelapa versi aku...
Sebenarnya isi kelapa ni aku dah simpan dalam peti sejuk.. Adik aku yang sorang tu bila balik sini memang tak sah kalau tak kerjakan buah kelapa muda kat pokok belakang rumah ni.. Dia bukannya pandai nak pilih mana kelapa yang isinya betul-betul berhingus.. Asal dapat air kelapa muda tu dah okay la tu.. Kalau terkait buah kelapa muda yang berhingus isinya, tu kira satu bonus la..
Memandangkan isi kelapa kali ni tak boleh nak diparut untuk jadikan inti, maka akupun suruh la abang aku korek isi kelapa tu.. Sebelum tu aku tanya dia dulu, boleh korek ke tak isi kelapa tu..? Dia kata, tak boleh.. Akupun jawab la, tak boleh atau maleh nak korek.. ahaha.. Tup-tup tak lama lepas tu aku tengok dia bawa masuk semangkuk isi kelapa ni.. Katanya nak ratah.. Haaa...! Ratah..??? Ikut suko ko la nak kata apa... ahaha...
Dan memandangkan aku agak sibuk masa tu, aku simpan dulu isi kelapa tu dalam peti sejuk.. Aku cakap kat dia yang aku nak buat agar-agar.. Maka, hari ni jadilah agar-agar kelapa versi aku...
Aku memang sengaja biarkan warna coklat kat isi kelapa tu.. Kononnya biar nampak original la isi kelapa tu.. ahahh..
Dan memandangkan takde air kelapa, aku gunakan air biasa je.. Seeloknya gunakan air kelapa muda tu masa cairkan agar-agar tapi dah takde, nak buat macam mana.. Tak kan nak buang je isi kelapa tu.. Sayang la pulak, kan..
Ni resepi dan cara aku buat agar-agar kelapa ni... Isi kelapa ni adalah daripada dua biji kelapa..
20 gram agar-agar bertali - atau satu bungkus
6 cawan air - seeloknya guna air kelapa muda
1 tin susu cair
1 1/4 cawan gula
secubit garam halus
1 mangkuk isi kelapa - dihiris nipis/halus (jika isinya kenyal atau sedikit keras)
Cara nak buat:
1- Rebus agar-agar bersama dengan 6 cawan air hingga agar-agar tadi mencair..
2- Kemudian masukkan gula.. Kacau dan tunggu gula larut..
3- Lepas tu masukkan pula susu cair dan hirisan kelapa.. Kacau dan biarkan mendidih.. Api jangan kuat sangat.. Takut nanti agar-agar tu melimpah keluar dari periuk..
4- Akhir sekali masukkan secubit garam.. Kacau sebati dan tunggu mendidih lagi..
5- Kemudian, boleh la tutup api dan curahkan agar-agar ke dalam bekas atau loyang..
6- Biarkan sejuk dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk..
p/s: Okay.. Ini saja.. Selamat mencuba untuk yang rajin mencuba.. Musim panas ni sedap makan benda macam ni.. hehhh...
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^