Assalamu'alaikum...
Dulu lain, sekarang lain...
Dulu-dulu, bila nak cari menantu perempuan, mak si lelaki akan cari perempuan yang rajin dan pandai buat kerja rumah.. Keutamaan diberi pada perempuan yang pandai masak dan pandai menjahit.. Paras rupa letak nombor dua.. Jika cantik, itu kira bonus la..
Sekarang, cari bakal menantu yang pandai berwasap.. Nanti bakal menantu boleh ajar dan ajak mak mertua berwasap sekali.. Alahaiii... Besar sungguh kuasa wasap ni..
Bagaimanakah perasaan seorang ibu apabila anak lelakinya buat semua kerja rumah sedangkan si menantu perempuan tadi leka mengulit handphone ke sana sini.. Anak diapun bekerja jugak.. Anak diapun penat jugak.. Anak diapun ada degree jugak.. Sampaikan cucu sendiri pandai berkata; Ibu tu asyik la tengok cerita kat enpon je.. Ayah je yang selalu masak..
Ini bukan aku yang cakap.. Aku cuma sampaikan apa yang mak-mak mertua bercakap.. Rata-rata mengeluh bila menantu perempuan leka dengan handphone, leka menonton video, leka dengan wasap dan sebagainya..
p/s: Sekadar menyampaikan rasa hati seorang yang bergelar mentua.. Ada rasa terkilan di hati mereka bila anak lelaki mereka diperlakukan sebegitu...
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^