Assalamu'alaikum...
Kenapa suka pow orang..?
Kenapa ada orang yang suka pow mengepow ehh..? Aku cukup tak berkenan dengan orang yang amalkan sikap macam ni.. Mak aku lagi la tak suka.. Cucu dia bila sebut je bab pow ni, memang marah la mak aku tu.. Macam la papa kedana sangat sampai nak pow orang.. Tak ada, buatlah cara tak ada.. Takde rasa segan dan malu ke asyik nak pow orang..?
Atas alasan apa kita pow orang? Adakah sebab kita dah tolong dia maka kita rasa kita patut pow orang tu?
"Nak tunggu ko belanja memang payah la.. Ni la masanya aku nak pow duit ko tu.."
Orang kalau nak belanja, dia akan belanja bila dia rasa nak belanja.. Jika dia rasa terhutang budi, pasti dia belanja jugak mengikut kadar kemampuan yang dia ada la.. Tak perlu kot kita nak terhegeh-hegeh minta dia belanja..
p/s: Entah la.. Susah nak faham perangai pelik orang ni.. Jangan sampai yang pelik tadi bertukar menjadi jelik dan jengkel dah laa.. Kang tak pasal-pasal hilang kawan hanya kerana tak dapat nak pow kawan tu..
mmg ada org camtu, lg best yg bila gi makan tggu org bayar, pelik kan?
ReplyDeleteIrfa:
ReplyDeleteKan.. Memang ramai je spesis macam ni.. Tak tau nak kata apa.. Muka tembok gamaknya..