Pages

Monday, May 4, 2015

Masak lemak cili api ikan kembung bersama jantung pisang...

Assalamu'alaikum...

Masak lemak cili api ikan kembung bersama jantung pisang...


Okay, hari ni aku terlebih rajin.. hehh.. hehh.. hehh... Alhamdulillah la kan sebab terlebih rajin.. Kalau terlebih malas, lagi la bahaya... ahaha...


Sebelum tu, nak cerita sikit la kenapa aku boleh terlebih rajin macam ni.. Al-kisahnya, pagi tadi aku jenguk la pokok pisang yang mak aku tanam kat belakang rumah ni.. Lepas tu ternampak la setandan pisang yang buahnya mula nak besar.. Terus aku teringat kata-kata jiran aku hari tu.. 


Jiran aku cakap, kalau nak bagi buah pisang tu besar, kita kena buang dia punya jantung.. Lepas tu buang sikit pelepah daun pisang yang banyak kat pokok tu.. Tinggalkan pelepah tu dalam lima atau enam pelepah sahaja.. Ini petua yang dia dapat dari seorang jiran yang memang expert dalam bab menanam pokok pisang.. Maka, akupun ikut la petua itu.. Tak salahkan mencuba.. hehh...


Dan disebabkan aku dah potong jantung pisang tadi, tak kan la aku nak buang macam tu je.. Rugi la, kan.. Orang beria-ia beli jantung pisang tapi aku nak buang la pulak.. Kan membazir namanya tu.. Membazir itu amalan syaiton.. Ingat tu... heeeee....


Dan atas rasa sayang nak membazir tadi, maka jadilah masak lemak cili api ikan kembung ni dengan jantung pisang.. Meh tengok cara aku masak gulai ni.. Aku bukannya terer pun bab masak-masak macam ni tapi kito hontam yo la labuuuu oiii... ahahaa...


Ni cara aku masak.. Cara orang lain aku tak tau macam mana.. Masing-masing pasti ada cara tersendiri, kan.. Ikut aje la mana yang selesa.. 


1- Ambil sebiji jantung pisang.. Buang kulit kaler purple tu hingga tinggal yang putih sahaja.. Kalau ada sikit-sikit kaler purple kat hujung jantung tu takpe la kot.. Kemudian, dibersihkan, dibelah empat dan rebus dengan sedikit garam.. Rebus hingga separa empuk..





2- Lepas tu, curahkan jantung yang dalam periuk tadi ke dalam tapis.. Lalukan dengan air paip untuk menghilangkan getah jantung pisang tadi..




3- Ini cili padi yang telah aku blend bersama dengan kunyit hidup... Gunakan sikit je ikut tahap kepedasan yang sesuai.. Yang ni aku blend banyak sebab nak buat stok dan simpan dalam peti sejuk..





4- Aku gunakan ikan kembung je.. Ikan keli ada je dalam kolam kat luar dapur ni tapi aku malas nak cekau.. Kang nak kena matikan dia dulu.. Banyak kerja nak buat.. Lagipun abang aku kat rumah ni tak makan sangat ikan keli ni.. Aku bedal je semua.. ahaha... Jadi la tiga ekor je.. Jimat weii... muahahahaha....




5- Aku masakkan kuahnya dulu.. Dalam periuk ni ada cili api dan kunyit hidup tadi + sebatang serai yang dititik + dua keping asam keping + santan.. Masak dengan api yang sederhana besar untuk elakkan daripada santan pecah minyak.. Kacau-kacau jugak.. Jangan main tinggal macam tu je.. Masak hingga mendidih lama sikit untuk bagi cili padi tu betul-betul masak.. 

(Serai tu tak nak letakpun takpe tapi aku saja la nak letak.. Ni ikut cara kakak aku yang kat Labu tu masak sebab dia memang suka letak serai.. Nak buang angin, katanya.. hehe..)




6- Lepas tu, masukkan ikan kembung tu dulu.. Biarkan mendidih seketika..




7- Kemudian, masukkan pula jantung pisang tadi.. Masukkan juga garam dan jika suka, boleh la letak sedikit pak aji untuk seimbangkan rasa.. Letak secubit je dah memadai dah tapi jika tak nak letakpun tak apa.. Biarkan mendidih lagi sambil kacau perlahan-lahan..





9- Okay, dah siap dah masak lemak cili api bersama jantung pisang versi aku.. Boleh la tutupkan api dapur tu tapi jangan tutup terus periuk tu sebab masih lagi panas.. Kang tak pasal-pasal cepat pulak gulai tu basi..




p/s: Selamat mencuba untuk yang berani dan rajin mencuba.. Mana yang tak berapa rajin nak buat tu, boleh la pergi tapau kat kedai makan tapi nanti jangan bising pulak sebab kena GST... ekekekeke...

2 comments:

  1. sedapnye, err..terus lapar sis.. :)

    ReplyDelete
  2. Hamelia Hamid:

    Jom makan jom..
    hehe...

    Thanks ya sudi singgah sini.. :)

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^