Assalamu'alaikum...
Masak lemak cili padi ikan tongkol bersama jantung pisang..
Hari tu aku ada buat entri pasal masak lemak ikan kembung dengan jantung pisang.. Hari ni masih lagi mengekalkan jantung pisang tapi dipadankan pula dengan ikan tongkol.. Untung jadi jantung pisang ni.. Boleh bertukar pasangan setiap masa.. ahaha..
Kelmarin, ternampak la post pasal masak lemak kupang dengan jantung pisang dari chef Mat Gebu kat grup blogger Ben Ashaari.. Tiba-tiba teringin pulak nak masak lemak ikan tongkol ni dengan jantung pisang.. Asalnya nak masak ikan siakap tapi lepas tu tukar fikiran la pulak.. Nak cuba ikan tongkol pulak.. Asyik masak kari je ikan tongkol tu.. Sesekali nak jugak tukar selera.. hehh..
Resepi aku ikut cara aku la ya.. Macam mana aku buat masa gulai ikan kembung hari tu, macam tu la aku buat untuk gulai ikan tongkol kali ni.. Main hentam saja la labu... Asal boleh makan, sudah.. hehh..
Gigih aku pergi belakang rumah.. Terdongak-dongak aku tengok pokok pisang mak aku tu.. Mana yang ada jantung, semua aku zapppp...! Ahahaha... Dapat la lima ketul jantung pisang tu tapi semuanya takde la besar mana.. Dah buang kulit luar tu, tinggal la seco'et je besar dia..
Gulai ikan tongkol dengan jantung pisang aku ni kurang menyerlah warna dia.. Kurang kunyit hidup gamaknya.. Tak kisah la haiihhh... Janji menjadi gulai tu.. hehehe...
p/s: Korang masak apa hari ni..? Meh kongsi kat ruang komen apa yang korang masak..
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^