Assalamu'alaikum...
Logo MAS pada sejadah...
Hari tu aku dok kemas la almari baju.. Nama je almari baju tapi kat dalam tu macam-macam ada.. Daripada langsir, sampailah kepada cadar, semuanya sumbat kat dalam tu.. ahah...
Aku kemas la sekali kain-kain ihram yang mak abah aku guna masa dorang pergi haji dulu.. Dalam dok sibuk memunggah dan melipat semula kain-kain tu, terselit la satu kain putih ni.. Akupun bukak la lipatan kain tu sebab dah tak ingat dah kain tu kain apa..
Bila bukak je lipatan kain tu, maka ternampak la logo MAS ni kat tengah-tengah kain tu.. Bila tengok pada saiz kain ni, aku rasa ni mungkin kain yang digunakan atau dijadikan sebagai sejadah..
Tak tau la masa bila mak aku dapat kain ni samada masa dia pergi haji ataupun pergi umrah.. Aku rasa mungkin masa mak aku pergi umrah kot sebab kalau pergi haji, mesti ada dua kain ni sebab mak aku pergi haji dengan abah aku tapi kain ni cuma ada satu je.. Mak aku pergi umrah tanpa abah aku sebab masa tu abah aku dah meninggal.. Kali pertama mak aku pergi umrah ialah dengan abang aku dan kali kedua dengan jiran..
p/s: Sekarang ni dapat lagi tak kain macam ni..?
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^