Pages

Sunday, July 26, 2015

Cerita di hari raya kedua...

Assalamu'alaikum...

Cerita di hari raya kedua...

Malam raya kedua, aku dan anak-anak buah buat kuih tart nenas ni.. Anak buah aku tu memang rajin buat kuih raya, tu yang dia nak buat tu.. Aku pulak memang dah bertahun nak cuba buat tart nenas jenis gunting ni tapi tak terbuat-buat jugak.. Kiranya ini percubaan pertama aku buat tart nenas versi gunting macam ni.. Main gunting je ikut suka hati aku.. ahaha..


Jadinya, bila ada yang offer nak buat, akupun ikutkan aje la.. Lagipun anak buah aku tu nak cuba guna resepi dari Mat Gebu..











Mula-mula aku gunakan gunting besar untuk gunting doh tart tu tapi lepas tu aku gunakan gunting sulam aku yang muncungnya terjongket kat depan tu.. Anak-anak buah yang lelakipun sibuk la tanya, kenapa gunting  tu macam tu, mana dapat gunting tu, gunting tu memang rupa dia macam  tu ke.. Adeh, banyak betul soalan yang aku dapat.. ahaha..


p/s: Overall, kuih tart nenas ni sedap dan tidak mudah pecah.. Nampak macam keras tapi bila makan, sangat lembut dan takde rasa tercekik.. Nak simpan dalam bekaspun senang.. Rasa dia memang ohsem dan aku suka.. Maybe tahun depan aku nak buat tart ni lagi.. 

2 comments:

  1. cantiknya kuih tart tu..saya tak pernah lagi buat kuih tart sendiri..tahun depan bolehlah cuba..

    ReplyDelete
  2. comelnya bentuk tart ni..rajin betul akak dan anak buah eh...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^