Pages

Sunday, August 2, 2015

Cepatnya dia layu.. Apa kes..?

Assalamu'alaikum...

Cepatnya dia layu.. Apa kes..?



Ini bunga ros yang anak buah aku beli masa dia pergi Cameron Highlands raya kedua hari tu..  *Ni entri tertunggak.. Dah lama duduk dalam draft.. hehh...




Raya kedua tu hari Sabtu.. Pagi Sabtu tu dalam pukul 7.30 pagi, dorang dah bergerak ke sana secara berkonvoi tiga buah kereta.. Aku tak pergi..


Dalam pukul dua petang lebih sikit, dorang dah sampai rumah dah pun.. Nampak la anak buah bawak masuk bilik  tiga jambak bunga ros ni yang terdiri daripada tiga warna iaitu merah jambu, putih dan merah hati.. Dia kata; beli sebab murah.. Sepuluh ringgit untuk tiga jambak tu.. Dia dah plan nak bawak bunga ni balik JB sebab esok paginya dorang memang nak balik sana dah pun.. Tu yang dia masukkan bunga tu dalam jug untuk bagi bunga tu terus segar..




Tak sempat sampai pagi, bunga tu dah mula melentok dan layu.. Tak tau kenapa cepat sangat terkulainya.. Bunga ros kampung yang aku tanam sendiripun bila rendam dalam air, masih boleh bertahan dua hari.. Elok je, takde pulak cepat layunya.. 





Sudahnya, bunga ni tinggal je kat atas meja jahit aku ni.. Kesian kat anak buah aku tak dapat nak bawak balik bunga ros dia ni.. Tengok daun bunga ni pun dah teruk dah..


p/s: Mungkin sebab tu dorang jual murah bunga ni kott.. Bunganya dah la takde bau, lepas tu cepat pulak layunya.. Sabar je la haiihh....

1 comment:

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^