Pages

Wednesday, August 19, 2015

Cubaan membuat sendiri telur masin...

Assalamu'alaikum...

Cubaan membuat sendiri telur masin...


Ini merupakan kali pertama aku cuba buat telur masin ni.. Aku gunakan telur ayam kampung dan juga telur ayam biasa.. Telur ayam kampung tu banyak jugak, lebih dari sepuluh biji, tu yang aku buat telur masin tu.. 




Dah lama sebenarnya nak cuba buat telur masin guna telur biasa ni tapi tak terbuat-buat jugak.. Bila tengok banyak telur ayam kampung, tu yang terus buat tu.. Tak nak tangguh-tangguh lagi dah.. Semangat la kononnya... ahaha.. Kalau guna telur itik, mak aku dah selalu buat.. Telur itik susah nak jumpa kat sini melainkan yang dah dijadikan telur masin.. 


Aku ada tengok pasal telur masin ayam ni kat blog Ros jintan manis.. Masa tengok tu dah rasa nak buat tapi manjang la lupa je.. hehh.. Tapi sukatan bahan aku ikut cara aku la... Lagi satu, air garam tu aku tak masakpun.. Saja la nak tengok macam mana hasilnya nanti..


Aku set jangka masa rendam telur ni selama dua minggu.. Tapi bila dah sampai seminggu nanti, aku nak cuba rebus sebiji dulu.. Kulit telur ayam biasa ni nipis, takut nanti bila rendam lama-lama, dia terlebih masin pulak.. 


p/s: Harap-harap menjadi la telur masin homemade aku ni.. hehh..

1 comment:

  1. wahh.. sya pengemar tegar telur masin. eh xpenah dengar pasal telur masin guna telur ayam. boleh cuba ni.. nanti awk update yer ape result dari peraman tu

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^