Assalamu'alaikum...
Homemade ice cream...
Dalam minggu ni, rajin pulak aku buat ais krim.. Mungkin sebab cuaca yang agak panas berbahang yang buatkan aku teringat kat ais krim ni..
Ni ais krim jagung.. Resepi asalnya ais krim coklat tapi disebabkan serbuk coklat aku dah tamat tempoh, maka aku gantikan dengan jagung berkrim ni.. Kebetulan baki jagung masa buat apam balik hari tu ada lagi dalam 1/3 tin..
Resepi asal ais krim ni pun aku olah balik.. Biasa la, mesti nak menderhaka jugak kat resepi orang.. hehh.. Bukan apa, resepi asal tu just putar je semua bahan, lepas tu masuk bekas dan simpan dalam freezer.. Aku tak lalu nak buat macam tu, tak masak.. Sebab kat dalam resepi tu ada gunakan sebiji telur..
Resepi asal:
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 sudu makan ovalette
1 biji telur gred D/E
1 sudu teh esen vanilla
Perasa coklat / serbuk koko
*Pukul semua bahan sampai kembang.. Masukkan dalam bekas dan simpan dalam freezer..
Maka, akupun ubah suai la resepi.. Aku didihkan bancuhan ais krim ni dan aku tokok tambah dengan secubit garam, jagung krim dan tepung kastad.. Bila dah mendidih tu, aku matikan api dapur.. Tunggu suam sikit, then baru aku putar.. Takde la putar lama manapun.. Lepas tu masukkan dalam bekas dan tunggu sejuk.. Bila dah sejuk, masukkan dalam freezer..
Hasilnya..? Sedap jugak cuma strukturnya takde la sehalus ais krim yang kita beli kat kedai tu.. Tengok la pulak berapa lama kita putar, kan..? Tapi jika untuk dijadikan sajian buat keluarga, boleh aje dan ianya menjimatkan..
Yang kat bawah ni pulak ais krim sirap.. Entah, tetiba je teringat kat acuan ais krim tu. Gigih aku pergi selongkar kabinet nak cari acuan tu.. Tupperware tu...! Hehh... Dah bertahun-tahun dah acuan ni sampaikan ada satu batang tu dah patah.. Ni koleksi mak aku.. Dia beli masa zaman aku sekolah dulu.. Lama, kan..?
Beginilah rupanya apabila dikeluarkan daripada acuannya.. Kalau buat ais krim kacang merah, sedap ni.. hehe.. Tapi kenalah buat bubur kacang merah dulu.. ahaha..
p/s: Dah lama tak makan ais krim Malaysia..
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^