Pages

Monday, August 10, 2015

Perbetulkan niat...

Assalamu'alaikum...

Perbetulkan niat...


When you do something good, be sure it's from the heart. Do it sincerely not with ulterior motives, or looking for compliments from others. - Mufti Ismail Menk


Bila nak buat sesuatu perkara yang baik tu, pastikan ianya datang dari hati kita.. Buatlah dengan jujur dan bukannya ada maksud yang tersirat di sebaliknya..


Zaman sekarang ni ramai yang rajin buat kerja bila bos ada depan mata.. Bos hilang je, masing-masing dok pakat mengular.. Masing-masing mulalah sibuk log in laman sosial.. Buat kerja bertangguh tanpa ada rasa bersalah.. Bila gaji tertangguh, tau pulak masing-masing memekak.. 


p/s: Dah habis ganti puasa wajib..? Dah buat puasa enam syawal..? Gantilah yang wajib tu cepat-cepat.. Nak tunggu open house habis, sampai raya hajipun tak habis-habis lagi.. Buatnya umur pendek masa on the way ke rumah terbuka, dah tak sempat nak ganti puasa wajib tu.. Nak puasa enam syawalpun sempat lagi ni.. 

1 comment:

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^