Pages

Thursday, September 3, 2015

Teruja...!

Assalamu'alaikum...

Teruja...!

Petang semalam aku pergi gotong royong kat taman mini kat simpan tiga depan tu. Balik dari gotong royong tu, ternampak la buah leletup kat pokok puding merah ni.. Punya la sakan suka macam nampak emas seketul...! Teruja ya amat aii tell u... ahahaha..





Lepas tu, aku nampak ada sebiji buah letup-letup yang dah masak ranum. Terus je aku petik dan makan.. Dorang yang sama-sama ada kat situ pelik tengok aku makan buah tu.. hehe.. Masing-masing dok tanya, buah apa ni..? Boleh makan ke..?


Sorang makcik tu tanya aku; ko makan buah ni..? Akupun jawab la; makan la.. Dulu-dulu masa kita masuk pindah sini, banyak pokok ni.. Makan aje, sedap...! Pastu dia kata; buah ni ular yang makan... Dia cakap sambil senyum.. Gulp..! Mujur den tak tocokik..! Pastu cakap kat dia; mana ada ular makan buah leletup.. Padahal bulu roma dah meremang dah sebab dia sebut perkataan ular tu.. Terus aku tak jadi nak petik lagi sebiji buah tu yang dah masak kat belah dalam pokok puding tu.. Dah la pokok puding tu rimbun semacam je.. Cuak la jugak.. ahahaha..





Memang dah berabad aku tak nampak pokok letup-letup kat sini. Seingat aku, aku kenal buah letup-letup ni masa mula-mula pindah kat sini.. Masa duduk kat kampung, takde pulak nampak.. Kat kampung banyak pokok senduduk.. Buah senduduk ni pun aku pernah makan.. Habis satu mulut kaler pepel.. ahahaha..



p/s: Nostalgia sungguh...!
.

4 comments:

  1. jarang dah kan nak jumpa pokok puding kaler merah ni :)

    Tips untuk subur

    ReplyDelete
  2. owh nama die pokok letup ek.. selalu lah jugak kecik2 dulu ada nampak skg xda dah

    ReplyDelete
  3. betul dah jarang jumpa buah letup2 jenis ni
    kalau yg letup2 jenis satu lagi tu kak mieja siap tanam kat rumah buat warisan

    ReplyDelete
  4. seriusly bley makan? dulu main2 dengan kawan masa zaman kanak2 banyak jumpa buah ni, tak tau lak bley makan ek?

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^