Pages

Thursday, October 29, 2015

Jem mangga telur buatan sendiri...

Assalamu'alaikum...

Jem mangga telur buatan sendiri...


Kat rumah aku banyak sangat buah mangga telur ni.. Tapi sekarang ni dah reda dah.. Dah nak habis dah pun.. Tinggal sikit-sikit je lagi kat hujung dahan.. 




Disebabkan akupun dah tak larat nak mengutip, dah tak larat nak bawak pergi ke rumah jiran, maka untuk buah mangga telur yang dah sampai penghujung ni aku buat la jem.. Dua kali aku buat jem ni sebab sayangkan buah mangga telur tu.. Homemade jem mangga telur gitu.. hehh...


Sekali lagi, jom tengok gambar jom.. hehehe... Ni jem mangga telur yang kali pertama buat.. Jenuh aku dok kelensetkan kulit buah mangga tu.. Lepas tu nak sagat lagi.. Resepi ni adalah resepi sendirian berhad dan aku takde sukatan yang khusus.. Semuanya main agak-agak je dan ikut pada lidah yang merasa... 



^
Basuh dulu buah mangga telur tu.. Kemudian, ambil pisau dan belah sikit kat hujung kulit buah mangga telur tu dan terus je siatkan kulit dia..
v


Kemudian, parutkan atau gesek-gesekkan buah mangga telur tu pada bahagian sagat yang berlubang tu..  Nanti isi mangga tu akan jatuh ikut lubang tu.. Bukan parut kat mata pisau tu ya.. Bahaya.. Sagat ni aku terbalikkan.. 


 Lepas tu boleh la dimasak atas dapur.. Aku tak letak air langsung sebab air mangga tu pun dah banyak dah... Apabila dah mendidih, masukkan gula, jus limau kasturi dan sedikit air bancuhan tepung jagung.. 


 Apabila dah hampir masak dan sedikit pekat, masukkan sedikit garam.. Kacau sebati dalam dua tiga minit dan terus matikan api dapur.. Biarkan sejuk dahulu baru masukkan ke dalam bekas..


Inilah hasilnya untuk percubaan yang pertama.. Alhamdulillah.. Dapat bagi jiran sorang satu bekas.. 



Ini pulak percubaan buat jem mangga telur untuk kali yang kedua.. Kali ni lain pulak caranya.. Kita kena rajin try and error.. Macam buat eksperimen gitu.. hehe.. Kali ni aku gunakan periuk yang lebar sebab senang nak kacau.. Lagipun jem ni kalau dah mendidih, kuat dia punya percikan.. Sakit wooo kena tembak kat lengan sebab panas.. hehe..


 Masukkan sedikit air dan masak dengan api yang perlahan.. Sambil mengacau, sambil kita tekan dan tenyeh buah mangga telur tu dengan sudip yang berlubang.. Nanti isi buah mangga tu tanggal sikit demi sikit sebab isi tu dah lembik.. Lepas tu, keluarkan ketulan biji tadi dan masukkan ke dalam tapis atau raga yang dibawahnya ada periuk atau bekas.. Tenyeh-tenyehkan biji mangga tadi sebab masih ada lagi isi yang melekat.. Nanti isi tu akan keluar kat lubang raga/tapis tadi dan boleh la tuangkan isi tu ke dalam periuk..


 Biarkan kuah mendidih seketika.. Kemudian, barulah masukkan gula, satu sudu makan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air dan jus limau kasturi.. Boleh masak dengan api yang besar tapi kena rajin kacau sebab takut hangit.. Lagi satu, kena hati-hati sebab jem ni meletup-letup dan panas.. Jika nak selamat, guna je api yang sederhana tapi masih kena kacau selalu..


Apabila jem dah hampir masak dan pekat, masukkan satu sudu teh garam halus.. Kacau rata biar sebati.. Lepas tu barulah tutup api dapur.. Beginilah rupanya jem mangga telur yang telah siap dimasak..


 Apabila jem dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam bekas.. Yang ni aku frozenkan sebab nak bagi kat adik-beradik jika dorang balik ke sini nanti.. 


Dan, boleh la disapukan atas roti.. Sedap... hehe...


Cara yang kedua tu pada aku lagi mudah dan jimat masa.. Cuma masa nak keluarkan ketulan biji mangga tu kena berhati-hati sikit masa mengaut..


p/s: Alhamdulillah.. Jimat bajet kalau boleh buat sendiri.. Rasanya..? Lebih kurang je dengan jem yang beli kat kedai tu..

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^