Pages

Friday, November 6, 2015

Masak kari ikan tongkol bersama terung dan tomato...

Assalamu'alaikum...

Masak kari ikan tongkol bersama terung dan tomato...


Okay, balik semula ke alam realiti setelah dua entri berada di alam fantasi.. ahahh.. Alam realitinya adalah main masak-masak la.. Apa ke lagi yang menarik selain daripada menghilangkan stress dengan memasak.. hehh..


Semalam aku masak kari ikan tongkol ni.. Aku rencahkan dengan sebiji terung dan sebiji tomato.. Aku je yang makan terung dengan tomato ni.. Abang aku kat rumah ni dia makan ikan tu je.. 


Seperti selalu, moh la tengok gambar yang ada ni ya.. hehe... Ni kari versi aku la ya.. Aku bukan orang utara, makanya kari aku ni tidaklah semantap kari orang utara tu.. 


 Seekor ikan tongkol yang besar..


Air asam jawa dan bahan tumbuk - 5 ulas bawang merah, 4 ulas bawang putih dan halia sebesar ibu jari..




Rempah ratus, serbuk kari, terung dan tomato..




Santan...


Okay, bahan-bahan dah sedia dah.. Sekarang masa untuk pegang senduk.. ahaha...


 Panaskan minyak dan tumiskan rempah ratus hingga naik bau.. Apabila rempah ratus tu dah tak meletup-letup, tu kiranya dah okay la tu..


 Lepas tu, masukkan bahan tumbuk dan kacau-kacau.. Tumis hingga naik bau jugak..


 Lepas tu, masukkan pulak serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air.. Tumis dan kacau hingga naik bau dan pecah minyak..


 Lepas tu, masukkan pulak air asam jawa.. Kacau dan biarkan mendidih sekejap..


Kemudian, masukkan pulak ikan tongkol.. Kacau supaya sebati dan biarkan mendidih lagi sekali..


 Lepas tu, masukkan pulak santan.. Kena kacau sentiasa supaya santan tak pecah minyak.. Biarkan mendidih lagi dalam masa tiga empat minit..


 Kemudian, masukkan terung... Kacau sebati..


 Apabila terung nampak macam dah layu sedikit, barulah masukkan tomato dan garam.. Kacau sebati dan biarkan mendidih lagi sekali..


 Rasa dulu asam garamnya dan lepas tu terus je tutup api...


Dan inilah hasilnya kari ikan tongkol berencahkan terung dan tomato dari airtangan aku.. hehh


p/s: Hari ni lauk kari ni ada lagi.. Makanya, hari ni tak payah masak.. Makan je apa yang ada.. Jangan membazir.. Berbelanja ikut isi yang ada dalam dompet.. hehh..

5 comments:

  1. Hi Kak,

    Yang ni kalau guna ikan lain boleh tak, selain tongkol?
    sedap rupa kari tu-pekat pekat.dah boleh terbayangkan macam mana rasanya bila dimakan skali dengan nasi putih. :)

    ReplyDelete
  2. Hai Clive Einstein..

    Wahh.. Memula tengok nama, ingatkan orang putih mana la.. Alih-alih tengok komen dalam Bahasa Malaysia.. hehe.. *gurau je..

    Rasa akak, boleh je guna ikan lain macam ikan mayong, ikan kembung, ikan tenggiri.. Tapi akak selalu guna ikan tongkol ni la sebab isinya padat dan tak mudah hancur..

    ReplyDelete
  3. Hi kak,

    trima kasih sebab kongsi tips.
    tapi kak, untuk ikan yang "mudah hancur" tu, maksudnya masa untuk masak tu lebih pendek la kan? sbb kalau kita masukkan lama sangant hancur kan.
    nak belajar masak ikan. bosan masak goreng je. tu yang tanye. hehe
    thanks kak.

    ReplyDelete
  4. Clive Einstein..

    Untuk ikan yang mudah hancur, masakkan dulu kuahnya betul-betul sampai mendidih.. Lepas tu baru masukkan ikan.. Betul la tu, ikan jenis mudah hancur ni tak boleh masak lama sangat.. Nanti tinggal tulang dia je kat dalam periuk tu.. hehe..

    ReplyDelete
  5. Aida x pernah masaknikan tongkol.
    Mr.asben x brape suka.
    Kalau masak nanti dia x makan la plak...
    Anyway nampak sgt sedap kari azz tu...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^