Assalamu'alaikum...
Nasi impit aiskrim...
Aku baru je selesai buat nasi impit aiskrim ni.. Idea ni aku dapat hasil perkongsian dari seorang rakan dalam grup MAHN.. Sebetulnya dulu dah pernah tengok dah nasi impit macam ni tapi disebabkan dah lama, maka akupun terlupa.. Apabila ada rakan grup yang kongsi, barulah aku teringat balik semula.. Terima kasih pada rakan tersebut sebab secara tak langsung, perkongsian beliau telah mengembalikan ingatan aku pada nasi impit aiskrim ni.. hehe..
Okay, seperti selalu, moh la tengok gambar.. Aku dan gambar berpisah tiada.. Haa.., gitu.. kehkehkeh...
Cuci dulu beras, lepas tu toskan dan biarkan beras tu kering supaya senang nak masukkan ke dalam plastik aiskrim ni.. Boleh gunakan calung ataupun masukkan beras dalam jug air yang plastik yang ada muncung tu.. Isikan separuh plastik je atau kurang sikit dari separuh.. Jangan isi lebih sebab nanti beras tu padat dan keras.. Hujung plastik tu aku lipat sekali dan lipat lagi sekali.. Lepas tu aku stepler.. Senang betul kerja.. ahaha..
Lipat dua plastik airkrim tadi dan tekan-tekan dengan garfu.. Tekan kuat biar sampai tembus ke belakang.. Nak cucuk dengan lidi sataypun boleh.. Janji ada lubang..
Beginilah rupanya lepas dicucuk dengan garfu...
Masukkan nasi impit ke dalam periuk yang besar.. Masukkan juga dua helai daun pandan yang disimpul supaya nasi impit tu wangi..
Rebus hingga nasi impit tu masak..
Kenapa nak kena rebus nasi impit tu dalam periuk besar..? Tengok la nasi impit tu apabila sudah keras.. Panjang, kan..? Seperti biasa, lalukan nasi impit yang dah masak di bawah air paip dan toskan di dalam tapisan..
Beginilah rupanya nasi impit aiskrim yang sudah siap direbus.. Senang untuk dipotong.. Lagi kemas buat macam ni..
Aku pernah terbaca pasal bahaya plastik yang direbus ni.. Sama juga dengan plastik yang diisi dengan minuman panas tu.. Dah lama dah isu ni.. Makanya, eloklah kita buat nasi impit ni secara tradisional seperti dulu-dulu.. hehh...
p/s: Selamat mencuba untuk siapa yang nak mencuba.. Yang takut nak cuba tu, tengok aje la ya.. huhu.. Aku ni pun sekadar nak mencuba jugak.. Nak tengok macam mana rupanya nasi impit aiskrim ni.. Dah buat sekali, okay la kot... ahaha...
p/s: Selamat mencuba untuk siapa yang nak mencuba.. Yang takut nak cuba tu, tengok aje la ya.. huhu.. Aku ni pun sekadar nak mencuba jugak.. Nak tengok macam mana rupanya nasi impit aiskrim ni.. Dah buat sekali, okay la kot... ahaha...
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^