Assalamu'alaikum...
Nak cerita sikit...
Aku senyum sahaja apabila cikgu tanya pasal kasut sekolah aku macam tu tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tau.. Masa cikgu tegur tu, airmata aku dah bergenang dah dan aku tau yang cikgu itu perasan akannya.. Aku sangat cool waktu itu..
Andaikata aku mampu, tidaklah aku pakai kasut sebegitu dan aku pula jenis yang tidak suka membebankan mak abah hanya dengan isu kasut dan baju yang koyak..
Adik-beradik aku ramai dan ada yang bersekolah di asrama penuh.. Maka, biarlah mereka pakai kasut baru.. Aku sekolah di kampung ni tak apa.. Asal kaki ada lapik dah memadai walaupun tapak kasut sekolah aku tu sudah nipis dan berlubang kat bahagian tumit..
Melihat emak dan abah yang pagi petang ke ladang sawit dan pulangnya mereka dalam keadaan peluh yang melekat dibaju hingga boleh diperah baju tersebut, tegakah aku meminta macam-macam..?
Namun, syukur alhamdulillah.. Kesusahan hidup masa lalu mengajar aku untuk tidak membazir dan sentiasa berfikiran waras dalam membeli sesuatu benda.. Kasut aku, selagi tak rosak, selagi boleh dipakai, akan aku pakai.. Biarlah orang nak pandang sinis sekalipun dengan kasut aku yang dah lusuh.. Barang branded seperti baju, kasut, handbag atau tudung yang harga ratus-ratus memang tidak ada dalam kamus hidup aku..
Pedulikan kata nista orang kerana orang hanya tau berkata-kata sahaja.. Membantu, jauh sekali.. Yang penting, hati kena kental.. Jangan amalkan sikap #biar_papa_asal_bergaya kerana akhirnya nanti kita sendiri yang rosak binasa.. Sebaliknya, amalkan sikap#ukur_baju_biarlah_di_badan_sendiri, barulah selesa apabila memakainya..
Terima kasih mak dan abah yang banyak menyabarkan dan banyak memberi pengajaran.. Moga Allah panjangkan usia mak dan berikan kesihatan yang baik buat mak.. Al-Fatihah untuk arwah abah.. Moga Allah tempatkan abah bersama golongan mereka yang beriman.. Aamiin..
p/s: Orang sekarang baju dan kasut sudah penuh dua tiga almari tapi masih lagi bersungut tak ada kasut, tak ada baju.. Memang jenis tak reti bersyukur agaknya.. Lepas tu apabila dompet dah kosong, mulalah meroyan sampai semua orang dijadikan bahan untuk melepaskan geram.. hehh...
Sama lah..dulu pakai baju sampai lusuh..selipar sampai koyak..huhu..tp tetap syukur dgn apa yg ada dulu..still keluarga bahagia walau serba kekurangan
ReplyDeleteKesusahan zaman kecil memang menyedihkan tapi manis pula bila dikenang....
ReplyDelete