Pages

Monday, January 19, 2015

Selagi boleh dibaiki..

Assalamu'alaikum...

Selagi boleh dibaiki..


Ini satu lagi kerja yang aku buat masa takde letrik hari tu iaitu repair seluar.. Aku buat yang bawah ni dulu.. Tetas jahitan dan keluarkan getah yang dah loose tu.. Bila dah ada letrik, baru buat yang bawah tu.. Jahit tepi, jahit dan masukkan getah yang baru.. Masa jahit tepi tu banyak kali benang mesin jahit tepi tu terputus.. Sabar je la.. Kalau tak sabar memang tak berjahit tepi la seluar ni.. hehhh..




Ni asalnya seluar mak aku.. Ada dekat sepuluh helai kot.. Mak aku selalu pakai seluar ni jika dia pakai jubah atau maxi jika nak ke mana-mana.. Tapi sekarang ni mak aku tak berapa sihat.. Dia gantikan seluar ni dengan pakai kain batik.. Jadinya, dia tak pakai dah seluar ni.. Maka, aku pulak la yang pakai.. hahaha.. 


Sebelum ni aku tak muat nak pakai seluar ni.. Ketat semacam je.. Maklum la, saiz badan aku lebih besar dari saiz badan mak aku.. Walaupun seluar ni boleh memeri tapi aku tak selesa nak pakai yang ketat-ketat ni.. Sosak napeh den.. ahahh.. Cuma sekarang ni saiz badan aku dah kecik sikit.. Tu yang pakai tu.. Sikit je la keciknya.. Jadi la.. Ingat senang ke nak kecikkan saiz badan.. hehehe.. 




Disebabkan aku dah boleh pakai seluar ni, maka mana-mana seluar yang dah loose dia punya getah, aku bukak dan baiki.. Kalau tak, terbiar dan tersimpan macam tu je sedangkan seluar tu masih elok lagi dan boleh dipakai.. Jadinya, buat apa nak membazir begitu sahaja sedangkan kita boleh usahakan untuk memperbaikinya sendiri..? Jahitlah macam manapun.. Janji boleh pakai balik semula.. 


Seluar macam ni aku pakai kat rumah je.. Senang aku nak bersilat kat dapur ke, kat laman ke, kat belakang rumah ke.. Faham-faham je la kerja rumah banyak.. hehe.. Lagipun selamat sikit pakai seluar jika nak dibandingkan dengan pakai kain batik yang ada kalanya terselak ditiup angin.. Tak rela aiii... ahaha...


p/s: Bak kata kak Adibah Noor dalam satu iklan tv tu; boleh aje kalau nak jimat... Maka, berjimat-jimatlah kita.. hehe..

Benda yang aku tak suka nak tengok.. hmm...

Assalamu'alaikum...

Benda yang aku tak suka nak tengok.. hmm...


Ada ketikanya mata dan hati jadi sakit bila tengok benda yang sama berulang kali.. Sakitnya ibarat disogokkan dengan makanan basi ketika perut tengah lapar menggila.. Makanan tak sedap boleh lagi hadap sebab dah kelaparan ya amat, tapi makanan basi..? 




Sakit tak  hati bila bukak tudung saji dan tengok pinggan atau mangkuk tinggal kosong tanpa dicuci..? Nak habiskan isi dalam mangkuk tu takpe tapi sekurang-kurangnya basuh la bekas tu dan alihkan tudung saji tu kat tempat lain.. Takde la nanti orang yang mengharap ada makanan bawah tudung saji tu rasa ralat atau kecewa.. Dah la takde benda bawah tu.. Lepas tu bekas tu dibiarkan macam tu je.. 





Sikap berkira dengan tenaga ni tak elok diamalkan tapi itulah yang selalu berlaku.. Langsung takde sifat berterima kasih.. Terima kasih tu bukan sekadar menuturkannya melalui percakapan tapi juga boleh dilahirkan melalui perbuatan.. Meringankan kerja orang lainpun dapat pahala tau.. 


p/s: Cubalah bertimbang rasa sikit.. Janganlah pentingkan diri sendiri je.. 

Pancake jagung ala-ala apam balik..

Assalamu'alaikum...

Pancake jagung ala-ala apam balik.. 


Minggu baru ni aku buat lagi pancake.. Sebelum ni dah buat sekali dah untuk first trial... Resepi masih guna resepi yang sama macam yang hari tu.. Cuma kali ni aku tambahkan jagung berkrim.. Kononnya nak buat ala-ala apam balik la.. ahah.. 


Sebenarnya hari Rabu tu ada pasar malam dan aku teringin nak makan apam balik.. Minta tolong abang aku belikan.. Alih-alih takde pulak orang yang menjual apam balik tu.. Tu yang buat pancake jagung ni haa.. Aku letak jagung je.. Kacang tanah kisar aku tak letak.. 




Kali ni gunakan kuali yang sesuai.. Kakak aku tolong belikan tapi kenalah bayar balik kat dia.. Lepas ni kena la rajin-rajin buat kuih.. Kalau tak, sesia je beli kuali macam ni.. Alhamdulillah, hajat yang lama terpendam nak dapatkan kuali ni dah tercapai.. Lepas ni nak beli food processor pulak.. Set in mind dulu... hehh..




Aku gunakan jagung berkrim dari Adabi.. Kena perhati betul-betul tin tu.. Takut terambil jagung biasa yang ada air tu.. 




Sebenarnya dua kali aku buat pancake jagung ni.. Malam minggu tu aku dah buat sekali tapi ada anak buah yang tak merasa.. Kebetulan adik aku ada balik.. Jadinya, semalam aku buat lagi sekali.. Lagipun susu segar dengan jagung tu masih ada baki.. Kalau tak buat takut nanti terbiar lama pulak dalam peti sejuk..





p/s: Resepi ada kat blog dapo aku.. Jika nak cuba buat, dipersilakan.. Terima kasih...