Assalamu'alaikum...
Masak lemak putih taugeh kasar...
Tengahari ni aku masak lemak taugeh kasar ni dan goreng ikan masin.. Lepas tu aku keluarkan stok jeruk petai dari dalam peti sejuk.. Alhamdulillah, ini rezeki kami yang Allah beri pada hari Jumaat yang penuh barakah ini.. :)
Okay, dalam entri kali ni, aku nak kongsikan cara aku masak lemak putih taugeh kasar ni.. Mudah je nak masaknya.. Yang rumit sikit tu nak kena perah santan dan jugak kena buang ekor taugeh tu.. Alah, jika kita fikir rumit, maka rumit la jadinya.. Sampai bila-bilapun benda ni akan terus jadi rumit jika terus beranggapan sebegitu.. Think positive, okay..! Hehh...
Jom tengok gambar.. As usual, bawah gambar tu nanti aku bagi penerangan serba sikit..
Taugeh kasar dalam setengah kilo. Buang ekornya..
Kelapa parut dari dua biji kelapa.. Kelapa banyak kat rumah ni sampai ada yang dah tumbuh... Sayang jika tidak digunakan.. Lagipun bukannya selalu masak lemak guna santan ni.. heee...
Sebiji kentang.. Kupas dan potong...
Ikan kering yang dah lama tersimpan dalam peti sejuk.. Rendam dahulu untuk membuang sedikit rasa masinnya dan juga untuk melembutkannya..
Di dalam periuk... Empat keping tauhu dipotong dadu, dua biji cili merah dihiris, dua labu bawang besar dihiris membulat dan segenggam ikan bilis..
Perahkan kelapa parut tadi menjadi santan dan masukkan ke dalam periuk tadi...
Masak hingga mendidih sedikit dan kemudian masukkan kentang... (Jika kentang jenis lambat empuk, boleh masukkan sekali dari awal..). Kacau kuah agar santan tidak pecah minyak.. Bila kentang dah mula empuk sedikit, barulah masukkan taugeh kasar.. Masukkan garam sekali.. Aku guna garam kasar.. Biarkan mendidih seketika.. Jangan lupa untuk mengacau kuah tu.. Agak-agak batang taugeh dah lembut, boleh la tutup api dapur..
Inilah hasilnya masak lemak putih taugeh kasar aku dan jugak ikan masin goreng..
Jika nak lagi umphhh, boleh la sertakan sekali dengan jeruk petai ni... Pergghh...!!!
p/s: Okay, dah siap.. Selamat mencuba... Alasan boleh direka tapi kepuasan itu hanya kita je yang dapat merasainya..