Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, June 12, 2015

Masak lemak putih taugeh kasar...

Assalamu'alaikum...

Masak lemak putih taugeh kasar...


Tengahari ni aku masak lemak taugeh kasar ni dan goreng ikan masin.. Lepas tu aku keluarkan stok jeruk petai dari dalam peti sejuk.. Alhamdulillah, ini rezeki kami yang Allah beri pada hari Jumaat yang penuh barakah ini.. :)


Okay, dalam entri kali ni, aku nak kongsikan cara aku masak lemak putih taugeh kasar ni.. Mudah je nak masaknya.. Yang rumit sikit tu nak kena perah santan dan jugak kena buang ekor taugeh tu.. Alah, jika kita fikir rumit, maka rumit la jadinya.. Sampai bila-bilapun benda ni akan terus jadi rumit jika terus beranggapan sebegitu.. Think positive, okay..! Hehh...


Jom tengok gambar.. As usual, bawah gambar tu nanti aku bagi penerangan serba sikit..



Taugeh kasar dalam setengah kilo. Buang ekornya..



 Kelapa parut dari dua biji kelapa.. Kelapa banyak kat rumah ni sampai ada yang dah tumbuh... Sayang jika tidak digunakan.. Lagipun bukannya selalu masak lemak guna santan ni.. heee...



Sebiji kentang.. Kupas dan potong...


 Ikan kering yang dah lama tersimpan dalam peti sejuk.. Rendam dahulu untuk membuang sedikit rasa masinnya dan juga untuk melembutkannya..


 Di dalam periuk... Empat keping tauhu dipotong dadu, dua biji cili merah dihiris, dua labu bawang besar dihiris membulat dan segenggam ikan bilis..


 Perahkan kelapa parut tadi menjadi santan dan masukkan ke dalam periuk tadi... 


 Masak hingga mendidih sedikit dan kemudian masukkan kentang... (Jika kentang jenis lambat empuk, boleh masukkan sekali dari awal..). Kacau kuah agar santan tidak pecah minyak.. Bila kentang dah mula empuk sedikit, barulah masukkan taugeh kasar.. Masukkan garam sekali.. Aku guna garam kasar.. Biarkan mendidih seketika.. Jangan lupa untuk mengacau kuah tu.. Agak-agak batang taugeh dah lembut, boleh la tutup api dapur..



 Inilah hasilnya masak lemak putih taugeh kasar aku dan jugak ikan masin goreng..



Jika nak lagi umphhh, boleh la sertakan sekali dengan jeruk petai ni... Pergghh...!!!


p/s: Okay, dah siap.. Selamat mencuba... Alasan boleh direka tapi kepuasan itu hanya kita je yang dapat merasainya.. 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)