Pages

Thursday, January 14, 2016

Mee Penjom yang suci lagi murni... Gunakan tanpa ragu-ragu...

Assalamu'alaikum...

Mee Penjom yang suci lagi murni... Gunakan tanpa ragu-ragu...

Sekarang ni, kalau nak beli mee kuning, aku lebih suka beli Mee Penjom ni..  Mee Penjom kini telah berkembang maju di sekitar daerah Kuala Lipis, Benta, Raub dan Jerantut.. Permintaan amat memggalakkan.. Mee Penjom adalah produk kepunyaan 100% anak Islam Melayu dari Kuala Lipis, Pahang.. Satu bungkus Mee Penjom ni harga dia cuma seringgit sahaja.. Jadi, tunggu apa lagi.. Moh la kita beli dan buat stok.. hehe..


Jom tengok mee goreng aku yang menggunakan mee Penjom ni.. Mee goreng aku ni sempoi ya amat.. Kali ni takde gambar penuh cara aku goreng mee ni.. Cuma ada gambar mee Penjom yang dah siap digoreng je... ahaha..





Aku bagi resepi untuk mee goreng aku ni...

2 bungkus Mee Penjom - keluarkan dari plastik, masukkan dalam raga dan lalukan sekejap bawah air paip
1 genggam ikan bilis - ditumbuk
4 biji bawang merah - ditumbuk
5 ulas bawang putih - ditumbuk
2 senduk cili kering kisar
2 sudu makan sos tiram - aku guna sos tiram Maggi
Sedikit kicap masin dan sedikit kicap manis - aku guna kicap kipas udang
2 biji telur
1 ikat sawi
3 keping tauhu - digoreng separuh masak dan dipotong kecil atau potong ikut suka
Minyak untuk menumis





Cara menggoreng Mee Penjom yang sempoi ni..

1- Panaskan sedikit minyak..

2- Kemudian tumiskan bahan tumbuk dahulu sehingga naik bau..

3- Lepas tu masukkan cili kisar dan masak sehingga naik minyak..

4- Kemudian masukkan sos tiram, kicap masin dan kicap manis.. Jika terlalu kering, boleh masukkan sedikit air.. Jangan masuk air banyak sangat.. Agak-agak je air tu cukup untuk masakkan mee tadi..

5- Lepas tu, pecahkan telur dan kacau-kacau sebati..

6- Kemudian, masukkan mee Penjom tadi..

7- Lepas tu terus je masukkan sawi dan kacau rata mee tadi.. Api dapur jangan kuat sangat.. 

8- Masak hingga mee betul-betul masak.. Akhir sekali boleh la masukkan hirisan tauhu dan kacau sebati..

*Aku tak gunakan garam sebab sos tiram dan kicap masin tu dah okay dah rasa dia.. Lagipun ikan bilis dah masin dah..


Okay, dah siap dah mee goreng yang aku buat dengan menggunakan Mee Penjom ni.. Sempoi je kan sebab takde udang, takde sotong ataupun ayam.. Yang penting, sedap dan kena pada tekak sendiri.. kehkehkeh....






p/s: Sokonglah keluaran bumiputera.. Janganlah asyik nak kondem dan fitnah je..

3 comments:

  1. nmpk sedapppppp..lama tak makan mee goreng cmni

    ReplyDelete
  2. Miss Eimanhikmah:

    Sempoi je mee ni.. Nak kata sedap sangat tu, takde la tai boleh la ditelan.. hehe..



    Angah:

    Rasanya belum sampai KL lagi kot sebab seluruh Pahangpun tak lepas lagi.. Permintaan melebihi pengeluaran agaknya.. Moga2 nanti sampai la ke negeri lain.. Biar makin luas pengeluarannya..

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^