Pages

Sunday, January 3, 2016

Resepi: Masak lemak cili padi ikan kembung rencah pucuk ubi kayu...

Assalamu'alaikum...

Resepi: Masak lemak cili padi ikan kembung rencah pucuk ubi kayu...

Alhamdulillah, aku baru je siap masak lemak cili padi ikan kembung rencah dengan pucik ubi kayu ni.. Sekarang ni aku selalu masak samada waktu petang atau waktu malam untuk lauk keesokan harinya.. Jadi, esoknya tu takde la aku nak duduk kat dapur je.. Panaskan aje la lauk yang dah dimasak tu.. 


Mudah je nak masak gulai macam ni asalkan semua bahan dah sedia ada.. Pertama sekali, sediakan periuk yang muka lebar ataupun kuali sebab senang nak kacau.. Kalau guna periuk biasa, leceh sebab takut ikan hancur masa mengacau.. Sukatan cili padi tu main agak-agak la ikut tahap kepedasan masing-masing..


Dah, jom layan gambar jom.. hehh...


 Mula-mula sekali masakkan kuah.. Dalam kuah tu ada sekeping asam keping, cili padi kisar, serbuk kunyit dan serai.. Serai ni tak nak letakpun takpe.. Aku letak sebab stok serai tengah banyak.. hehe.. Masak kuah dahulu sampai mendidih sebab nanti takde la nak masak lama sangat ikan kembung tu..


 Tunggu sampai kuah tu mendidih lama sikit baru masukkan ikan.. Kuah tu kena kacau selalu supaya tak pecah minyak.. Ikan kembung tu pula masukkan satu persatu ya.. Jangan pulak pergi curah semua tu macam tu je.. Habis terpercik kuah tu nanti..


 Lepas tu, terus je masukkan pucuk ubi kayu tu... Macam ikan tadi, jangan dicurah terus pucuk ubi tu.. Masukkan sikit sikit dan kacau perlahan-lahan.. 


 Biarkan sehingga mendidih sekali lagi.. Sambil tu kacau-kacau la gulai tu.. Tunggu sampai betul-betul masak.. Sebelum tutup api, masukkan garam sikit dan rasa dulu... Lepas tu terus je tutup api dapur..


Dah siap..! Beginilah rupanya masak lemak ikan kembung berencahkan pucuk ubi kayu  yang aku masak..


Kecur liur tak..? Jika kecur, boleh la cuba masak sendiri ya.. Zaman sekarang ni tak boleh dah nak malas-malas memasak.. Tak boleh juga nak kata tak tau memasak sebab sekarang ni semua maklumat ada di hujung jari sahaja.. Nak dengan tak nak je.. Jangan jadikan alasan takde masa untuk tidak memasak buat keluarga..


Oh ya, pucuk ubi kayu tu memang untuk dibuat sayur.. Lain sikit dengan pucuk ubi yang kita makan ubi dia tu.. Pucuk ubi kayu ni aku minta kat jiran depan rumah.. Alhamdulillah, jiran-jiran aku semuanya baik-baik belaka dan tidak kedekut.. Kadang-kadang belum minta lagi dorang dah offer dulu dah.. hehe..


p/s: Masak sendiri lagi menjimatkan.. Dijamin bersih lagi suci murni.. hehe..

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^