Pages

Saturday, February 27, 2016

Patut la panggil tak menyahut, rupa-rupanya dia ______!

Assalamu'alaikum.

Patut la panggil tak menyahut, rupa-rupanya dia ______!


Lewat petang semalam, elok je aku tengok dia kat luar tu. 




Mungkin dia sedang skodeng burung yang banyak berterbangan kat kawasan tu.




Akupun panggil-panggil la dia dari dalam bilik jahit aku ni. Terus dia bingkas bangun dan datang kat tepi tingkap.




Aku panggil lagi dan diapun pandang ke arah tingkap tu.




Ini kisah si Momok. Sebelum ni, ada kucing aku yang aku namakan Momok jugak tapi yang tu versi jantan. Dah mati dahpun Momok yang jantan tu. Huhu. Sedih. Sekarang, apabila ada kucing yang bentuk badan seakan Momok jantan tu, aku terus je bagi nama Momok. Rupanya Momok yang ini versi betina.


Pagi tadi, aku panggil-panggil nama si Momok ni tapi dia tak datang-datang. Aku dah mula cuak dah. Dalam hati berdoa, janganlah kau mati Mok. Sedih akibat kehilangan lima ekor kucing sekaligus tahun 2014 masih lagi bersisa. 


Aku yang sedang menyapu rumput yang baru lepas mesinpun rasa tak senang hati. Terus aku berhenti menyapu. Aku pergi tanya kat akak sebelah rumah, kot la dia ada ternampak kelibat si Momok ni. Akak tu suruh aku cari lagi sekali keliling rumah. Lepas tu dia kata kot la Momok tu beranak.


Aku ikut nasihat akak tu. Aku periksa bawah katil yang memang ada raga untuk kucing beranak tapi raga tu kosong je. Lepas tu, aku periksa bilik belakang, takde jugak si Momok ni. Hati dah semakin gelisah dah. Aku periksa pulak bilik tidur aku yang memang aku tak tidurpun dalam bilik tu. 


Apabila aku bukak je pintu bilik aku tu, terus aku disapa oleh suara si Momok! Terjerit aku sekejap. Ya Allah, Momok! Terus aku angkat dan dukung dia. Aku cakap kat mak aku yang Momok terkurung dalam bilik. Lepas tu, baru aku perasan bulu Momok macam baru lepas kering dari basah. Ingatkan dia kencing dalam bilik tu tapi takde pulak bau.





Lagi sekali, aku teringat kata-kata akak jiran tadi. Mungkin betul Momok dah beranak! Terus aku berlari lagi sekali masuk dalam bilik aku tadi. Aku selak-selak baju yang bergantungan pada tempat gantung baju tu. Nah, rupanya betul Momok dah beranak. Ada empat ekor anak dia. Kesiannya la hai beranak atas simen je.





Lepas tu, terus aku angkut anak-anak Momok tu masuk dalam raga dan letakkan kat bawah katil bilik belakang. Tapi si Momok ni macam tak nak je menyusukan anak-anak dia tu. Aku paksa jugak dia nyusukan. Geram punya pasal, aku marah dia! Akhirnya, aku angkut balik semula anak-anak dia masuk ke dalam bilik aku tempat dia beranak tu. Barulah dia senyap kat situ. Alahai.




p/s: Ini anak sulung si Momok. Mungkin dia belum reti lagi nak handle baby dia. Itu la, umur masih muda tapi dah menggatal. Kan tak pasal-pasal mendapat. Heh.

Friday, February 26, 2016

Gara-gara kebosanan, maka terciptalah satu resepi ini. :D

Assalamu'alaikum.

Gara-gara kebosanan, maka terciptalah satu resepi ini. :D


Ya, aku sedang dilanda kebosanan! Macam tak percaya je, kan? Sebab apa tak percaya? Sebab aku ni memang jenis susah nak bosan duduk kat rumah ni. Tapi apabila aku bosan, ada la benda yang tak kena tu. Haha. Bukannya takde kerja nak buat kat rumah ni. Banyak sangat kerja tapi tu la, jika dah namanya bosan, maka bosanlah jadinya. Apa benda la yang aku merepek ni. Hehe.


Okay, dek kerana kebosanan yang melanda, maka aku masuklah ke dapur. Teringat akan sagu mata ikan yang dibeli masa raya cina hari tu. Kononnya beli sagu mata ikan ni nak buat kuih abok-abok tapi dek kerana kakak aku kesuntukan masa, maka tak jadilah buat kuih abok-abok tu. 


Dan kerana nak mencuba juga, maka terhasil la satu resepi mudah yang aku cipta sendiri. Bangga wei dapat cipta resepi. Ahak!




Aku namakan resepi aku ni dengan nama sagu mata ikan merah bersantan. Punya la panjang nama dia. Hikhikhik. Jom tengok bahan yang aku gunakan.

Satu peket sagu mata ikan - warna merah
4 sudu makan gula pasir - penuh sudu tu macam dalam gambar
1/2 sudu teh garam halus
Sedikit santan - lebih kurang sama paras dengan sagu mata ikan tu bila diisikan dalam loyang.





Aku gunakan santan cair je. Santan perahan kali kedua dari dua biji kelapa. Lagipun sebagai percubaan pertama buat kuih sagu ikut resepi sendiri. Perahan santan yang pertama tu aku dah gunakan untuk buat masak lemak cili padi ayam. Disebabkan sayang nak buang kelapa yang masih ada sisa santan tu, itu yang aku buat kuih sagu ni.



Pemegang kat tutup kukus ni dah pecah. Maka aku gantikan dengan pintalan kasih sayang dari dawai. Ahaha.


Cara nak buat kuih sagu mata ikan merah bersantan ni sangatlah mudah!


Mula-mula, masukkan sagu dalam tapis kelapa dan lalukan bawah air paip. Lepas tu, terus je masukkan ke dalam loyang yang bersesuaian. Ratakan sebab senang kita nak sukat paras santan tu nanti. Kemudian, masukkan terus santan, gula dan garam. Lepas tu baru kacau-kacau biar sebati dan ratakan balik semula. Akhir sekali, kukus dengan api yang besar lebih kurang 20- 25 minit atau sehingga masak. Masa tu cuma anggaran je sebab api dapur kita tak sama. Agak-agak la. Apabila dah masak, sejukkan dahulu.





Dah siap! Boleh la dimakan begitu saja sebab kuih ni dah manis dah. Terpulang pada citarasa kita nak makan macam mana. Heh. Dah siap dah satu menu untuk minum petang. Tak payah nak gaduh-gaduh atau pening-pening kepala cari resepi yang susah-susah nak buat.





Kita yang buat dia, ikut suka hati kita la nak ejas macam mana, ya tak?


p/s: Alhamdulillah. Segala rezeki adalah dari Allah.

Thursday, February 25, 2016

Masak lemak cili padi batang keladi.

Assalamu'alaikum.

Masak lemak cili padi batang keladi.



Ini kisah dua hari lepas, kot. Rasanya la. Akupun mamai dah ni sampai tak ingat bila aku masak batang keladi ni ha. Sabar je la. Heh.


Oh ya, mak aku kata dia nak makan gulai keladi. Sebelum ni, dia ada minta aku cakapkan kat jiran depan rumah, mintak makcik tu tolong masakkan. Dah aku minta tolong dahpun. Masa tu aku kata aku boleh masakkan tapi mak nak jugak jiran yang masakkan. So, tunaikan aje la.


Selang dua hari lepas tu, mak kata dia nak makan gulai keladi lagi. Kali ni aku kata biarlah aku yang masak. Tak elok pulak asyik nak minta tolong dengan jiran. Jiranpun ada hal dia. Maka, akupun mintalah batang keladi ni kat jiran tu. Dapatlah empat pokok keladi tapi pokoknya takde la besar manapun. Sedang-sedang je. Lagipun musim panas ni, keladi tu pun terbantut nak membiak. Haha.





Maka, akupun sianglah batang keladi tu. Siatkan kulit luar dia macam kita siang pucuk labu atau siang kulit pisang muda. Orang noghoghi kata; 'kelenset an kulit eh'.






Keladi ni ada ubi tapi ubi dia kecik je. Jadinya, lepas siang semua keladi ni, aku rebuskan dulu ubi dia untuk bagi empuk. Letak la sikit garam dan sekeping dua asam keping.






Apabila ubi keladi tu dah agak empuk, masukkan pula batang keladi dan rebus/celur la sampai batang keladi tu lembut.





Apabila batang keladi dah lembut, terus je curahkan ke dalam tapis dan toskan. Lalukan sekejap bawah air paip supaya segala getah keladi tu hilang.





Lepas tu, boleh la mulakan proses menggulai. Tumbuk kunyit hidup bersama dengan segenggam ikan bilis dan beberapa biji cili padi. Mak aku dah tak boleh makan pedas, makanya cili padi tu aku cuma letak sebagai buat syarat je. Ikan bilis tu kalau tak nak tumbukpun takpe. Masuk je macam tu. Terpulang pada selera dan citarasa masing-masing la ya.




Masukkan sekeping asam keping dan bahan tumbuk tadi ke dalam periuk. 




Masukkan santan.




Masakkan kuahnya dulu hingga mendidih. Kena kacau selalu kuah tu.





Akhir sekali, masukkan ubi dan batang keladi yang telah direbus/celur tadi. Masaklah seperti biasa. Apabila sudah mendidih lagi sekali, masukkan garam. Kacau seketika dan tutupkan api dapur. 





Dah siap! Dan boleh la makan. 





p/s: Alhamdulillah. Mak aku makan gulai batang keladi ni tapi ubi keladi tu mak tak nak walaupun ubi tu lembut. Aku la yang tukang makan ubi keladi tu. 

Wednesday, February 24, 2016

10 benda yang perlu ada di dapur kita.

Assalamu'alaikum.

10 benda yang perlu ada di dapur kita.


Rasanya kita perlu menambah bahan ini di dalam senarai bahan masakan di dapur kita ataupun mungkin kita perlu tanam sebagai edible garden. Macam pokok mint dan pokok kari tu boleh la kita tanam tapi pokok kayu manis, cengkih dan pelaga tu, tak payah la tanam. Beli aje la yang kering tu. Daun rosemary pun ada yang kering. Aku selalu gunakan daun rosmary kering ni apabila nak bakar ayam.













Sumber gambar adalah dari sini. Nak tau lebih lanjut lagi, bolehlah beli majalah Laman edisi terkini Mac/April 2016 yang sudah berada di pasaran.


p/s: Jom kita sama-sama amalkan gaya hidup sihat. 

Monday, February 22, 2016

Pancake pisang kampung style.

Assalamuaaikum.

Pancake pisang kampung style.


Ini pancake pisang yang aku buat petang semalam. Ngada-ngada haih. Lempeng pisang tapi kata pancake. Haha. Sebab tak gunakan daun pisang, maka tukarlah nama lempeng tu kepada pancake. Barulah stylo sikit. Ingat orang kampung tak reti ke nak ber-stylo semua ni. Kami reti la beb. Heh.




 Bancuhan pancake pisang kampung style ni agak likat sedikit. Lepas je tuang dalam kuali, kena cepat-cepat ratakan.



Bahan-bahan untuk buat pancake pisang kampung style ni senang je. Ni resepi aku sendiri. Kalau ada yang nak buat, sukatan bahan tu ikut citarasa masing-masing la ya. 

**8 biji pisang - saiz sederhana besar
**1 senduk gula
2 senduk tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1 senduk minyak masak







Cara nak buat pancake pisang kampung style ni lagi la senang.

Pisang tu diramas-ramas dahulu. Lepas tu masukkan dalam blender. Masukkan juga gula. Lepas tu, blend sampai halus. Kemudian, tuangkan dalam bekas dan masukkan bahan selebihnya termasuk minyak masak tu sekali. Kacau sebati. Akhir sekali, masukkan satu senduk dalam kuali non stick dan ratakan adunan tu macam kita buat kuih ketayap. Kuali tak payah sapu atau letak minyak dah sebab dalam bancuhan tadi dah letak minyak. Masak la macam biasa.






Pancake pisang kampung style ni lembut je dan kurang berminyak. Dah sejukpun masih lagi lembut dan gebu. 





Dah siap satu menu yang ringkas dan mudah. Tak payah susah payah pergi cari daun pisang dah. Ni menu untuk orang yang jenis sempoi macam aku. Orang yang cerewet, boleh la pergi makan kat restoran. Heh.


p/s: Kita kena kreatif dalam mencipta resepi untuk makanan sendiri. Jangan kreatif buat benda mengarut je. 

Sunday, February 21, 2016

Ikan kembung bakar sempoi.

Assalamu'alaikum.

Ikan kembung bakar sempoi.

Malam ini, inilah lauk sebagai menu untuk makan malam kat rumah ni. Sangat-sangat sempoi tapi rasanya sangatlah sedap. Terasa manis isi ikan kembung tu walaupun ikan kembung ni saiz dia kecil sahaja.  


Bahan yang aku gunakan untuk ikan kembung bakar ni pun sangatlah mudah. 

**5 ekor ikan kembung saiz kecil
**Garam halus
**Serbuk kunyit
**Sos tiram
1 sudu makan marjerin planta - ratakan di dalam kuali non stick

Gaulkan ikan dengan semua bahan ** dan susunkan di dalam kuali non stick yang sudah diratakan dengan planta. 




Kemudian, tutup kuali tadi. Tutup aje la dengan apa-apapun asalkan boleh tutup Haha. Api kena gunakan api yang paling perlahan.




Lepas tu, terbalikkan ikan tadi perlahan-lahan dan tutup balik semula. Lepas tu, terbalikkan lagi sekali sampai kesan marjerin tu bersih.




Dah siap dah ikan kembung bakar stylo aku ni. Mudah je, kan? Dah la senang nak buat, sedap pulak tu. Ni kalau nak diikutkan, mau menambah-nambah nasi ni. Haha. Aku makan nasi dengan sekor ikan kembung bakar ni. Tak payah dah letak kicap. Makan macam tu je. Sedap. Sedap. Sedap. Kalah lauk yang harga ratus-ratus yang orang makan kat restoran seafood tu. Hihi.




p/s: Betul-betul sempoiiiiiiiiiiiiii.... Hehe. Apapun, alhamdulillah. 

Thursday, February 18, 2016

Resepi: Donat ni sedap, tau!

Assalamu'alaikum.

Resepi: Donat ni sedap, tau!


Lama sungguh aku tak buat donat ni. Petang tadi, entah angin monsun apa yang melanda, tiba-tiba je aku terus keluarkan yis dari peti sejuk, dan terus je tuang air suam dan campurkan yis tu dengan sedikit gula. Kacau-kacau sikit, tutup bekas tu dan biarkan lebih kurang sepuluh minit. Masa ni tak tengok resepi lagi. Main tibai je campurkan yis tu dengan gula dan air suam. Tang sukatan air tu pun main ingat-ingat gitu je.




Lepas sepuluh minit, beginilah rupanya bancuhan yis tadi.




Disebabkan agak sibuk sikit, terlajak la perap yis tu. Maka, jadilah yis tu begini pulak. Ahahaha.


















Dah selamat aku berikan kepada jiran-jiran terdekat. Alhamdulillah.


Rupa donat aku ni tak secantik donat orang lain tapi pada aku, aku nak makan, bukan nak tengok rupa. Lagipun bukannya aku buat jual. Walaupun rupanya tak semenggah mana tapi struktur donat ni lembut tau. Hehe.


p/s: Ada apa dengan rupa, kan? Asalkan donat ni tak keras macam batu, dah la. Heh.